Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penganjuran Kejohanan KLK Borneo Sevens berjaya
Published on: Monday, April 21, 2025
Published on: Mon, Apr 21, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Penganjuran Kejohanan KLK Borneo Sevens berjaya
VELA, (kedua dari kanan) menerima Geran Padanan Sukan dari Kementerian Belia dan Sukan yang disampaikan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong. 
SANDAKAN: Kelab Ragbi Eagles Sandakan menyatakan penghargaan yang mendalam kepada pihak kerajaan atas sokongan dan inisiatif kewangan yang diberikan dalam menjayakan Kejohanan KLK Borneo Sevens. 

“Kami sangat berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana mengambil inisiatif untuk memberikan Geran Padanan Sukan bernilai RM50,000 kepada Kelab Ragbi Eagles Sandakan. 

Advertisement
“Ia benar-benar membantu menjayakan pertandingan ini,” kata Presiden Kelab Ragbi Eagles merangkap pengerusi penganjur KLK Borneo Sevens 2025, Velayuthan Tan.
Walaupun jumlah pasukan yang mengambil bahagian lebih kecil berbanding tahun-tahun sebelumnya, kejohanan kali ini tetap mendapat sambutan hangat dan berlangsung dalam cuaca yang baik. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pertandingan hari ini sangat sengit dan hebat. Standardnya tinggi, inilah yang kami mahu capai,” tambah Vela.

Menurut Vela, Kejohanan Borneo Sevens kini diiktiraf sebagai salah satu daripada tujuh kejohanan kelab terbaik di Asia, satu pencapaian yang dibanggakan.

Advertisement
Buat pertama kalinya, pasukan dari UAE turut bertanding dalam kejohanan ini, menjadikan penyertaan mereka sebagai satu detik bersejarah. 

“Saya percaya ini adalah kejohanan antarabangsa pertama bagi UAE di rantau ini dan mereka menunjukkan prestasi yang sangat baik,” katanya. 

Advertisement
Menariknya, sebahagian besar pasukan tempatan terdiri daripada gabungan pemain wanita dari Sabah dan pemain luar negara, memberikan peluang kepada bakat muda untuk beraksi di pentas kompetitif.

“Program ini sebahagian daripada usaha pendidikan kami. Kami mahu anak-anak tempatan bermain pada tahap tinggi. Prestasi mereka amat membanggakan,” ujar beliau.

Kejohanan itu turut membuka ruang kepada kategori pemain junior, dengan perancangan untuk menganjurkan Kejohanan Borneo Junior Sevens peringkat Bawah 18 tahun (Under-18) tahun hadapan di Sandakan. 

“Kami berharap untuk menarik penyertaan lebih banyak negara Asia dan membawa pertandingan ini ke tahap yang lebih tinggi,” jelasnya.

Kejohanan Borneo Sevens sekali lagi membuktikan potensinya sebagai platform pembangunan sukan ragbi di rantau ini dan bakal terus berkembang dengan penglibatan lebih ramai pihak antarabangsa pada masa akan datang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here