Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kejohanan Renang Sasa rekod penyertaaan tertinggi
Published on: Tuesday, April 22, 2025
Published on: Tue, Apr 22, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Kejohanan Renang Sasa rekod penyertaaan tertinggi
PEMENANG keseluruhan kejohanan Sasa baru-baru ini.
Kota Kinabalu: Seramai 206 peserta, jumlah penyertaan tertinggi, mengambil bahagian dalam Kejohanan Renang Novis Persatuan Sukan Akuatik Sabah (Sasa) edisi ke-6 yang diadakan di kolam renang Kompleks Sukan Penampang baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada lima kelab yang bernaung di bawah Sasa iaitu Kelab Renang Blue Marlin (BMSC), Kelab Renang Preppies Penampang (PPSC), Kelab Renang Akuatik PJMS (PJMS), Kelab Renang Sea Dragon (SD) dan Kelab Renang SSA Sandakan (SSA).

Advertisement
Sebanyak 58 acara dipertandingkan dalam kejohanan sehari itu yang membabitkan empat kategori kumpulan umur – kumpulan 6 (7 tahun ke bawah), kumpulan 5 (8 – 9 tahun), kumpulan 4 (10 – 11 tahun) dan kumpulan 3 (12 – 13 tahun).

Gelaran keseluruhan bagi kategori lelaki kumpulan 6 dimenangi oleh Braxton Khoo Zi Rui dari SD dengan empat pingat emas manakala Lee Siao Chern dari SSA merangkul gelaran keseluruhan perempuan dengan empat pingat emas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kumpulan 5, gelaran lelaki dimenangi oleh Nixon Yap Guo Yao dari SD yang membawa pulang empat pingat emas dan gelaran perempuan dimenangi oleh rakan sepasukannya Verica Yap Su Thung dengan empat pingat emas.

Chris Hansen Chong Sern Han dari PJMS muncul juara kategori lelaki kumpulan 4 dengan dua pingat emas manakala Esmeralda Ava Lee dari SD memenangi gelaran perempuan dengan tiga pingat emas dan satu perak.

Advertisement
Bagi kumpulan 3, Tee Tougher dari SSA meraih gelaran lelaki dengan empat pingat emas manakala Vivienne Lee Zi Yu dari SSA menggondol gelaran perempuan dengan empat pingat emas dan dua pingat perak.

Presiden Sasa Daniel Lee, yang gembira dengan peningkatan jumlah penyertaan, mengucapkan tahniah kepada semua juara keseluruhan serta pemenang pingat.

Advertisement
Beliau memuji usaha dan dedikasi ibu bapa serta jurulatih dan berharap perenang serta jurulatih mereka akan terus memberi tumpuan terhadap asas mereka.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Sabah serta semua pegawai teknikal dan sukarelawan atas komitmen mereka yang telah memastikan kejayaan penganjuran kejohanan ini.

Beliau menekankan kepentingan peranan pegawai teknikal dan sukarelawan kepada persatuan, khususnya dalam merancang kejohanan Novis seterusnya pada suku keempat tahun ini, yang akan didahului dengan Kejohanan Sirkit Renang SportExcel / Milo / NSC / Masa 2025 – Pusingan 2 bagi zon timur, yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here