Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Peraturan keselamatan elektrik, gas: Sabah dan Sarawak meterai MoU
Published on: Wednesday, April 23, 2025
Published on: Wed, Apr 23, 2025
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Peraturan keselamatan elektrik, gas: Sabah dan Sarawak meterai MoU
HAJIJI bersama Shahelmey dan Julaihi menyaksikan pertukaran dokumen MoU bagi Pengiktirafan Bersama Label Keselamatan ECoS-Sirim dan Sirim-MUT untuk Peralatan Elektrik dan Gas antara ECoS dan MUT Sarawak.
Kota Kinabalu: Pelbagai inisiatif telah diambil oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) bagi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah, khususnya dalam sektor tenaga. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini termasuklah pelancaran Label Keselamatan ECoS-SIRIM versi terkini. 

Advertisement
Beliau menyifatkan inisiatif ini adalah satu langkah proaktif ECoS untuk melindungi kepentingan pengguna termasuk memastikan hanya peralatan elektrik dan gas yang selamat serta berkualiti tinggi akan dipasarkan di negeri ini. 

Menurutnya, pelancaran label ini juga membawa kepada program penting yang berkaitan iaitu Memorandum Persefahaman (MoU) diantara ECoS dan Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, kerjasama strategik ini sangat penting dan menzahirkan pengiktirafan bersama terhadap keselamatan peralatan elektrik dan gas serta menekankan peranan ECoS dalam memastikan produk yang digunakan oleh rakyat memenuhi piawaian tertinggi.  

“Ianya juga menunjukkan satu lagi bidang kerjasama untuk manfaat bersama hasil pertalian erat yang sedia terjalin di antara Sabah dan Sarawak melalui kedua-dua badan berkuasa pengawalselia masing-masing.  

Advertisement
“Saya yakin dengan termetrinya MoU ini, akan memperluaskan pasaran produk-produk yang berkualiti dan diiktiraf bagi kemudahan pengguna dan peniaga kedua-dua negeri,” katanya. pada Majlis Pertukaran MoU di antara ECoS dan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak serta Pelancaran Label ECoS/Sirim dan Pelancaran Program TVET Angkat ECoS sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ECoS di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC) pada Selasa. 

Ketua Menteri mengingatkan orang ramai agar mengutamakan keselamatan elektrik dan gas serta memberi perhatian serius terhadap isu keselamatan barangan pengguna terutamanya barangan yang berisiko tinggi.

Advertisement
Katanya, dengan lambakan pelbagai barangan daripada luar negara yang masuk ke negara ini, termasuk Sabah akan memberi faedah kepada pengguna daripada segi kepelbagaian pilihan dan harga yang ditawarkan.

Bagaimanapun, aspek keselamatan barangan perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkaitan. 

“Sebagai kerajaan, kita komited dan serius dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, saya mahu pihak bertanggungjawab sentiasa berusaha memperkukuhkan perlindungan pengguna khususnya dalam aspek keselamatan barangan pengguna.  

“Kerajaan negeri menyokong dan amat mengalu-alukan usaha yang diambil oleh ECoS bersama kerajaan Sarawak dalam aspek keselamatan peralatan elektrik dan gas di kedua-dua negeri,” tambah Hajiji.

Ketua Menteri itu optimis penubuhan ECoS telah membuka lembaran baharu dalam pengurusan sektor tenaga di Sabah.  

Katanya, dengan kuasa pengawalseliaan yang telah dimandatkan melalui lunas undang-undang, ECoS perlu terus komited untuk memastikan pembangunan sektor tenaga yang teratur dan cekap, yang akan menyokoung pembangunan ekonomi Sabah serta memberi manfaat langsung kepada rakyat.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here