Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tindakan tegas ke atas kutu sampah termasuk kontraktor
Published on: Wednesday, April 23, 2025
Published on: Wed, Apr 23, 2025
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Tindakan tegas ke atas kutu sampah termasuk kontraktor
KAKITANGAN JPSP membersihkan timbunan sisa pengubahsuaian dan pukal yang seolah-olah disembunyikan di bawah dahan-dahan yang dipotong.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memantau kutu sampah di salah satu kawasan di Inanam bagi mengelakkan pembuangan sampah haram daripada wujud di sekitar kawasan Kingfisher.  

Ini termasuklah kontraktor swasta yang ditugaskan memangkas pokok, tetapi gagal membersihkan dahan-dahan yang dipotong dan meninggalkan sisa kebun di tepi jalan.

Advertisement
Jurucakap Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) agensi itu berkata mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 kerana membuang sampah secara sembarangan.  

Katanya, ini merupakan denda maksimum yang boleh dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil Anti Sampah 1984 (Pindaan 2005), jika didapati bersalah di mahkamah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ekskavator dan lori terbuka membantu pasukan JPSP dalam usaha itu.“Sisa kebun yang ditinggalkan oleh kontraktor boleh menyebabkan timbunan sampah haram muncul,” katanya.  

“Ini berkemungkinan berlaku jika penduduk di kawasan berkenaan mula menambah sampah mereka sendiri ke dalam longgokan itu.” 

Advertisement
Katanya, agensi itu ingin mengelakkan masalah seumpama itu, dan atas sebab itu mereka bertindak terhadap pihak-pihak yang gagal melupuskan sisa dengan bertanggungjawab, termasuk kontraktor swasta yang memangkas pokok dan rumput.

“Mereka yang ditangkap boleh dikenakan kompaun awal sebanyak RM500.

Advertisement
“Pesalah berulang dan mereka yang degil berisiko dikenakan tindakan undang-undang.”

Tindakan ini diambil hasil maklum balas daripada seorang pembayar cukai yang melaporkan longgokan sampah besar dan sisa taman yang berselerak di beberapa bahagian rizab sepanjang jalan ke Kingfisher Cove Garden.  

Dia memberikan maklumat berkaitan kepada Hotline, Maklumat ini kemudiannya dikemukakan kepada DBKK dan Sabah Electricity (SE).

Jurucakap JPSP berkata kakitangannya membuat pemeriksaan di jalan terbabit sejurus selepas dihubungi pihak media.  

Mereka mengesahkan kehadiran barang buangan – termasuk sisa pengubahsuaian, televisyen yang tidak digunakan dan sofa – di bahu jalan semasa pemeriksaan kawasan berkenaan, menurutnya.

TIMBUNAN sisa kebun yang dibiarkan di rizab jalan ini selama beberapa minggu. “Beberapa pelepah pisang dan dahan pokok ditimbun di atas sampah terbabit, seolah-olah pihak yang bersalah cuba menyorokkan kekotoran itu di bawah dedaunan,” katanya.  

Dia berkata satu pasukan yang terdiri daripada enam pekerja Jabatan itu telah membersihkan sisa tersebut pada hari yang sama.

Sebuah jentolak dan lori terbuka dua tan dikerahkan untuk membantu kerja-kerja pembersihan, menurutnya.

Mengenai timbunan dahan kering di bahagian lain jalan yang sama, jurucakap Jabatan Landskap DBKK berkata pokok-pokok berdekatan tidak dipangkas oleh agensi itu.

Pekerja kontraktor SE masuk ke dalam longkang tepi  jalan untuk membersihkan sisa kebun yang jatuh ke dalamnya.“Melihat pada cara dahan-dahan itu dipotong, seolah-olah ia dilakukan dengan parang,” katanya.  

“Pekerja kami biasanya menggunakan gergaji rantai tangan.”

Katanya, Unit Pokok agensi itu baru-baru ini menangani masalah membabitkan kehijauan di laluan terbabit pada Jumaat lepas.  

“Kami menerima laporan ketika itu mengenai beberapa dahan yang jatuh ke atas laluan kaki lima konkrit di situ.  

“Sebuah lori enam tan dan ‘sky-lift’ dengan lengan berengsel digunakan untuk membantu pasukan seramai lapan orang bagi mengalihkan halangan itu. Mereka memotong dahan menjadi bahagian yang lebih kecil.”

Jurucakap SE berkata semakan rekod syarikat menunjukkan talian penghantaran elektrik di jalan itu telah dibersihkan daripada objek asing – termasuk pokok menjalar atau dahan yang melintasi ruang udara kabel – pada hujung bulan lepas.  

Kontraktor, yang ditugaskan menjalankan kerja itu, kembali ke kawasan perumahan itu bersama empat pekerjanya semalam untuk mengalihkan sisa berkenaan, menurutnya.

“Apabila ditanya mengapa dia mengambil masa berminggu-minggu untuk menguruskan sisa kebun itu, dia memberitahu kami bahawa ia disebabkan oleh masalah pengangkutan,” kata jurucakap itu.  

PEKERJA landskap menggunakan  gergaji rantai untuk memotong dahan yang tumbang menjadi bahagian  lebih mudah dikendalikan.PEKERJA landskap menggunakan  gergaji rantai untuk memotong dahan yang tumbang menjadi bahagian  lebih mudah dikendalikan.“Tiada kenderaan mencukupi untuk digunakan dan dia menghadapi kesukaran untuk menyewa kenderaan bagi membawa keluar sisa itu.”

Katanya, kontraktor terbabit diarahkan supaya tidak menangguhkan kerja pada masa akan datang.  

“Dia sepatutnya mengumpul semua sisa pada hari yang sama dia memangkas pokok menjalar dan dahan.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here