Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Toleransi raikan Aidilfitri dan Paskah
Published on: Wednesday, April 23, 2025
Published on: Wed, Apr 23, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Toleransi raikan Aidilfitri dan Paskah
Joniston meraikan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk Kampung Parad pada sambutan Hari Raya dan Paskah.
KIULU: Semangat toleransi tanpa mengira kaum serta agama perlu dilaksanakan sebgai amalan dalam penduduk semua kampung di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata penduduk Kampung Parad adalah antara contoh perpaduan terbaik di mana semua masyarakat beragama Islam dan Kristian bersatu untuk menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta Hari Paskah secara bersama pada Ahad.

Advertisement
“Kita harus mempertimbangkan penganjuran program komuniti atau sambutan meraikan kepelbagaian agama, budaya dan tradisi penduduk kampung dalam satu acara besar yang meriah.

“Toleransi yang diamalkan penduduk ini harus dicontohi oleh penduduk kampung lain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Perayaan istimewa seumpama itu boleh dijadikan perayaan tahunan bagi sesebuah negeri atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Selain itu rakyat kita yang hidup aman juga  sekali gus boleh menarik pelancong mencari pengalaman budaya sebenar,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan berkenaan baru-baru ini.

Advertisement
Dalam pada itu Joniston yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menyatakan pelancong hari ini bukan sekadar pemandangan yang indah namun turut hendak melihat suasana budaya tempatan serta cara hidup penduduk.

Joniston menambah persekitaran kampung sangat penting dalam memupuk generasi muda yang mempunyai empati dan menghormati penduduk lain.

Advertisement
“Komuniti kami yang menunjukkan penolakkan ekstremisme adalah tidak mustahil dan hidup dengan aman.  Ini adalah sesuatu yang boleh kami kongsikan kepada dunia dengan bangga.

“Keindahan toleransi yang mempromosikan cara hidup ini sudah pasti boleh membantu mengukuhkan pelancongan luar bandar,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here