Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Operasi cari kanak-kanak autisme hilang diperluas
Published on: Wednesday, April 23, 2025
Published on: Wed, Apr 23, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Operasi cari kanak-kanak autisme hilang diperluas
Sehingga kira-kira jam 4 petang Selasa, pencarian mangsa, Muhd Aniq Faiz Muhammad Ashraf, 5, belum menemukan sebarang petunjuk.
Tuaran: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak autisme yang dikhuatiri hilang sejak Ahad lalu di Kampung Bahagia Dua, Tamparuli di sini, diperluas radius sejauh lima kilometer pada Selasa.

Sehingga kira-kira jam 4 petang Selasa, pencarian mangsa, Muhd Aniq Faiz Muhammad Ashraf, 5, belum menemukan sebarang petunjuk.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Tuaran Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa memasuki hari ketiga pada Selasa dimulakan sejak jam 6 pagi.

“Radius pencarian mangsa bermula di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) juga diperluaskan sejauh 5 kilometer di kawasan darat, bukit dan Sungai Tuaran di sekitar Tamparuli.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun, belum ada sebarang petunjuk dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohammad Nor Amit berkata seramai 12 anggota BBP Tuaran termasuk tiga anggota unit anjing pengesan (K9) terlibat operasi beserta satu jentera, 1 bot dan empat kenderaan pacuan empat roda.

Advertisement
“Operasi turut dibantu sembilan anggota bomba dari BBP Kota Kinabalu, BBP Lintas dan BBP Putatan termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Zon Kota Kinabalu.

“Selain itu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), badan bukan kerajaan (NGO) Jalinan Kasih, Kelab Drone D’Bayu, Kiulu White Water Rafting serta orang awam,” katanya.

Advertisement
Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau turut berada di lokasi kejadian untuk meninjau operasi SAR itu.

Difahamkan, Pusat Khidmat Parlimen Tuaran juga membekalkan makanan dan minuman kepada pasukan penyelamat.

Ahad lalu, mangsa disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tidak ditemui di dalam rumah kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Pencarian mangsa di sekitar rumah bagaimanapun gagal apabila hanya menemui anak patung miliknya yang berada di halaman sebelum usaha mencari dilakukan oleh pihak berkuasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here