Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah sumbang lebih 60 peratus hasil eksport negara
Published on: Wednesday, April 23, 2025
Published on: Wed, Apr 23, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sabah sumbang  lebih 60 peratus hasil eksport negara
MATBALI (ketiga dari kiri) menyampaikan penghargaan kepada wartawan Daily Express sambil diperhatikan Ramlee (kiri) pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Sabah menyumbang lebih 60 peratus pengeluaran hasil eksport Koko negara dengan nilai perolehan mencecah belasan billion ringgit setiap tahun.

Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM) Datuk Ramlee Kasin berkata, statistik itu juga mengesahkan kedudukan Sabah sebagai peneraju utama industri koko Malaysia.

Advertisement
“Sabah juga memiliki keluasan tanaman Koko terbesar di negara ini membabitkan 3,000 hektar terletak di Ranau, Tenom, Kota Marudu, Keningau dan Kuamut,” katanya pada Malam Penghargaan Media dan Rakan Kerjasama yang dirasmikan Pengerusi LKM Datuk Matbali Musah, di sini, Isnin.

Negeri ini mempunyai 3,000 pengusaha atau petani koko aktif dengan kemahiran dan pengetahuan yang baik, kata Ramlee dan menambah, hasil koko negara mencatat permintaan tinggi antarabangsa dengan nilai eksport RM15.06 bilion pada 2024.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan tiga kali ganda iaitu RM6.86 bilion atau 83.66 peratus berbanding RM8.20 bilion pada 2023.

Menurutnya, ia didorong oleh permintaan menggalakkan negara pengimport seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura serta beberapa negara di Eropah dan Asia lainnya.

Advertisement
“Peningkatan ketara itu juga susulan lonjakan harga komoditi ini yang tinggi mencecah antara RM20,000 hingga RM35,000 satu tan tahun ini berbanding RM8,000 satu tan pada 2023,” katanya.

Ramlee menyifatkan kejayaan industri ini adalah hasil daripada kawalan kualiti, teknologi pemprosesan yang maju, pembungkusan yang inovatif dan pemasaran strategik.  

Advertisement
Selain itu, tenaga kerja mahir Sabah dan varieti koko tahan iklim yang dibangunkan melalui penyelidikan dan pembangunan turut memperkukuh daya saing, termasuk sistem pembajaan berteknologi Internet Perkara yang mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.

Sementara itu, Matbali berkata Sabah bakal menjadi tuan rumah kepada Pameran Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dari 24-27 Mei, yang disokong oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi serta Kerajaan Negeri.  

“MICF akan menghimpunkan pemain industri global, mewujudkan peluang untuk pengeluar tempatan menjalin kerjasama antarabangsa,” katanya sambil menekankan peranan acara itu dalam mengangkat coklat Malaysia ke peringkat dunia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here