Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Syarikat berkaitan kerajaan digalak salur sumbangan bantu mangsa bencana
Published on: Thursday, April 24, 2025
Published on: Thu, Apr 24, 2025
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Syarikat berkaitan kerajaan digalak salur sumbangan bantu mangsa bencana
Hajiji berkata, langkah itu selaras dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam membantu kerajaan negeri memperkasa agenda kebajikan rakyat.
Kota Kinabalu: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini digalak untuk menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) bagi membantu rakyat yang memerlukan, khususnya ketika berdepan bencana alam.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah itu selaras dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam membantu kerajaan negeri memperkasa agenda kebajikan rakyat.

Advertisement
Beliau memberi contoh sumbangan RM1 juta yang diberikan oleh Kumpulan Sawit Kinabalu kepada YKS sebagai satu tindakan wajar yang patut dicontohi GLC lain.

“Hari ini Sawit Kinabalu melakukan CSR dengan menyalurkan sumbangan RM1 juta kepada Yayasan Kebajikan Sabah yang mana sumbangan ini banyak membantu yayasan untuk membantu orang susah atau menghadapi bencana alam,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Sawit Kinabalu di sini, pada Selasa.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg dan Pengarah YKS, Datuk Diyana Abdullah.

Advertisement
Mengulas lanjut, Hajiji yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu berkata, keprihatinan GLC tersebut wajar dijadikan teladan oleh syarikat GLC lain yang beroperasi di Sabah.

“Saya berharap lebih banyak GLC boleh membantu juga,” katanya.

Advertisement
Untuk rekod, pada Mac lalu, Hajiji telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Beaufort dengan menggunakan dana daripada YKS.

Sementara itu, Victor menyatakan bahawa sumbangan tersebut mencerminkan komitmen dan keprihatinan syarikat dalam menyokong inisiatif kebajikan untuk golongan yang kurang berkemampuan serta berkeperluan khas di seluruh negeri melalui Yayasan Kebajikan Sabah.

“Kumpulan Sawit Kinabalu akan terus melaksanakan inisiatif CSR yang mampan meliputi pelbagai daerah di seluruh negeri dengan tumpuan pada aspek kebajikan, pendidikan, kesihatan serta pembangunan komuniti secara menyeluruh,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here