Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Salleh: Terus perkukuh perpaduan masyarakat Bajau
Published on: Thursday, April 24, 2025
Published on: Thu, Apr 24, 2025
By: Rahim Matnin
Text Size:
Text:
Salleh: Terus perkukuh perpaduan masyarakat Bajau
Salleh bergambar kenangan bersama dengan komuniti Bajau Kota Marudu
KOTA MARUDU: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Bajau Kota Marudu (PEKAR) baru-baru ini mencerminkan perpaduan dan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat Bajau di daerah itu.

Presiden Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO), Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak, yang hadir sebagai tetamu kehormat, memuji usaha PEKAR dalam menganjurkan majlis yang mengukuhkan nilai kebersamaan serta memperkasakan  budaya masyarakat Bajau.

Advertisement
“Saya amat berbesar hati dan bangga dengan perpaduan serta semangat kekitaan yang ditunjukkan oleh masyarakat Bajau di Kota Marudu. Nilai ini penting untuk kita kekalkan demi kelestarian budaya dan keharmonian masyarakat,” ujar beliau dalam ucapan perasmian majlis itu.

Salleh menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima di majlis tersebut.Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Dakwah Islamiah PEKAR 2025 kepada Al Fadhil Ustaz Abdul Kahar Abdul Rahman dan Al Fadhil Ustaz Ahmaddani Omarali, serta Anugerah Tokoh Pendidikan kepada Abdul Rahim Tapah, yang juga bekas Timbalan Pegawai Pendidikan Kota Marudu yang telah bersara.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam majlis tersebut, PEKAR turut menyampaikan sumbangan khas Aidilfitri kepada penerima yang layak sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat.

Turut hadir, beberapa pemimpin tempatan dan usahawan Bajau termasuk Datuk Awang Ahmadsah Awang Sahari, Chan Loong Wei, Amran Disa, Arshad Yusuf, Jaiping Minsu, Abdul Ghani Aluh, dan Salleh Jatil. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here