Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Antanom juara Olahraga SK Merintaman
Published on: Friday, April 25, 2025
Published on: Fri, Apr 25, 2025
By: Jinius Pandakin
Text Size:
Text:
Antanom juara Olahraga SK Merintaman
ZULFADHLI (belakang, kelima dari kanan) menyampaikan piala kemenangan kepada pasukan Antanom.
SIPITANG: Rumah Sukan Antanom (Hijau) muncul juara Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan (SK) Merintaman ke-20 di Kompleks Sukan Sipitang pada Rabu.

Antanom berjaya mengumpul 12 pingat emas, enam perak dan enam gangsa.

Advertisement
Rumah Mat Salleh (merah) di tempat kedua dengan kutipan enam emas, 11 perak dan tiga gangsa manakala rumah Tun Mustapha (kuning) menduduki tempat ketiga selepas mengutip empat emas, lima perak dan 13 gangsa.

Muhammad Ruzain Ahza Mohd Rizuan dari rumah Antanom dan Nurnabila Alias dari rumah Mat Salleh dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati  kejohanan.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kejohanan yang disertai 184 murid melibatkan 27 acara itu dirasmikan oleh  Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang, Unit Pembangunan Bakat Murid, Muhammad Zulfadhli Amir mewakili Pegawai Pelajaran Sipitang, mengucapkan tahniah atas komitmen semua guru dalam menjayakan kejohanan itu dan kepada pemenang.

Katanya, SK Merintaman merupakan sekolah kebangsaan yang pertama   melaksanakan kejohanan sukan di Sipitang dan antara sekolah yang membanggakan kerana mempunyai  bilangan ramai kehadiran ibu bapa datang  memberi sokongan padu kepada anak-anak mereka.

Advertisement
Turut hadir Guru Besar Arif Bagol, YDP PIBG Sabri Abdurahim, Penolong Kanan Pentadbiran Abdul Latip Majid, PK HEM Sharifah Salat dan PK Kokum dan  Pengerusi Jawatankuasa Induk Sukan Tahunan Sekolah Fredy Voo Sui Kiong.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here