Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Kompleks Sukan Sook dibina tahun ini
Published on: Friday, April 25, 2025
Published on: Fri, Apr 25, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Kompleks Sukan Sook dibina tahun ini
ELLRON (kanan) menyampaikan trofi dan sijil kepada johan perbarisan yang disandang SK Nandagan. Turut kelihatan Salim (kiri).
SOOK: Kompleks Sukan Daerah Sook akan dibina tahun ini menerusi peruntukan tambahan daripada Kerajaan Negeri.

Menteri Belia Dan Sukan Datuk Ellron Angin berkata, projek ini dijangka memberi impak besar kepada pembangunan sukan tempatan dan kemudahan riadah masyarakat setempat di daerah ini.

Advertisement
Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook mengumumkan perkara ini semasa berucap merasmikan Kejohanan Olahraga MSS Zon Trusmadi kali ke-40, di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tulid dekat sini pada Rabu.

Katanya, dengan adanya kompleks ini nanti penganjuran kejohanan sama ada di peringkat sekolah dan sebagainya akan menjadi lebih sistematik dan mampu menarik lebih banyak penyertaan di masa akan datang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ellron dalam ucapannya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan serta usaha menganjurkan temasya tahunan ini yang disifatkannya sebagai platform terbaik membina sahsiah murid di peringkat awal.

Menurut Ellron, penglibatan awal murid dalam aktiviti sukan bukan sahaja dapat membentuk disiplin yang tinggi, malah menyemai semangat kesukanan dan nilai murni dalam diri pelajar.

Advertisement
“Sukan bukan sekadar menyihatkan tubuh dan minda, malah membina keyakinan diri, kreativiti serta inovasi dalam kalangan murid. Ini sangat penting untuk menjana pembangunan modal insan yang holistik seperti yang disasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia” jelasnya.

Beliau berkata, Zon Trusmadi merupakan antara zon yang terbesar di Daerah Keningau.

Advertisement
Pada masa sama, Ellron mengucapkan tahniah kepada semua pentadbir sekolah dan PIBG atas komitmen mereka dalam memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Beliau turut menekankan bahawa sokongan berterusan daripada ibu bapa amat penting dalam menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kokurikulum, bagi melahirkan pelajar yang cerdas minda dan cergas fizikal.

Hadir sama Guru Besar SK Tulid merangkap Pengerusi Kejohanan Salim Linggi, Guru-Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan dari 10 buah sekolah rendah Zon Trusmadi dan Yang Dipertua PIBG SK Tulid Joki Tanggulon. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here