Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
‘Banteras setinggan di tepi jalan raya Moyog’
Published on: Friday, April 25, 2025
Published on: Fri, Apr 25, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
‘Banteras setinggan di tepi jalan raya Moyog’
SEBAHAGIAN rumah-rumah dibina di tepi jalan utama di Kg Pogunon, dengan pemandangan peta dari atas (kanan).
PENAMPANG: Campur tangan sesetengah ‘orang politik’ didakwa punca banyak rumah setinggan dibina di sisi kiri dan kanan jalan raya bermula dari Kg Togudon Moyog hingga Kampung Pogunon, di sini.

‘Orang politik’ ini difahamkan campur tangan setiap kali penduduk setinggan menerima surat pengusiran daripada pihak berkuasa tempatan untuk mengosongkan tanah kerajaan yang mereka duduki.

Advertisement
Sehubungan itu, aktivis sosial dan politik Levired Misih mahu kerajaan turun memantau pembinaan rumah-rumah ini yang dikatakan ‘tumbuh seperti cendawan selepas hujan’ sehingga menjadi koloni setinggan.

Difahamkan, terdapat ratusan rumah yang dibina secara haram di kiri dan kanan sepanjang jalan Moyog. Rumah-rumah ini dipercayai dibina atas tanah rizab milik Jabatan Kerja Raya (JKR).
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here