Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Tawau tuan rumah Festival Bahasa & Sastera negeri
Published on: Saturday, April 26, 2025
Published on: Sat, Apr 26, 2025
Text Size:
Text:
Tawau tuan rumah Festival Bahasa & Sastera negeri
NIZAM (tengah) menerima surat jemputan daripada Jennitah semasa kunjungan hormat itu.
KOTA KINABALU: Tawau dipilih sebagai tuan rumah Festival Bahasa dan Sastera (Bahtera) Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 23 dan 24 Julai 2025 di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Yuk Chin, Tawau. 

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas dijangka merasmikan acara itu.

Advertisement
Pengarah  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah Jennitah Noordin berkata, Bahtera buat julung kalinya dianjurkan oleh DBP dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dan beberapa agensi di sekitar daerah itu.

“Festival ini menjadi wadah bagi pencinta bahasa, sastera, pelajar dan masyarakat umum untuk mengenali serta mendalami keunikan bahasa dan karya sastera yang menjadi warisan bangsa,” katanya semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Nizam di pejabatnya di Menara Kinabalu, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, festival itu bertujuan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai medium komunikasi utama serta memperkayakan apresiasi terhadap pelbagai bentuk karya sastera, termasuk puisi, cerpen, novel dan drama.

Menurutnya, Bahtera bukan sahaja menjadi platform untuk mempromosikan karya sastera tempatan, tetapi juga menggalakkan dialog antara budaya serta mengukuhkan jati diri bangsa melalui penghayatan bahasa dan seni.

Advertisement
Antara pengisian sepanjang festival itu ialah aktiviti Jom, Baca dan Warnai, Majalah Dalam Kelas, Pertandingan Forum Remaja 2025 Peringkat Negeri dan Pesta Buku Tawau.

Sementara itu, Nizam mengalu-alukan pemilihan Tawau sebagai tuan rumah dan menegaskan sekolah di Tawau sering muncul sebagai johan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri dan Kebangsaan.

Advertisement
“Dengan adanya festival ini diharap generasi muda akan lebih menghargai bahasa dan sastera, sekali gus memastikan kelestarian warisan budaya dalam arus kemodenan.

“Bahtera juga memberikan ruang kepada masyarakat untuk mengenali, memahami dan menghargai keindahan serta kepentingan karya sastera tempatan dan kebangsaan”, katanya.

Menurut Nizam, sempena festival itu, beliau juga akan mewakafkan buku untuk lapan sekolah menengah dan rendah di dalam Dun Apas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here