Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Tambah gerabak, pastikan kereta api tepati jadual
Published on: Saturday, April 26, 2025
Published on: Sat, Apr 26, 2025
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Tambah gerabak, pastikan kereta api tepati jadual
PENUMPANG terpaksa berdiri sepanjang perjalanan akibat kekurangan gerabak.
BEAUFORT: Penduduk Kg Halogelat merayu agar pihak Jabatan Keretapi Sabah menambah bilangan gerabak bagi laluan ke Beaufort, susulan situasi kesesakan melampau akibat penggunaan hanya satu gerabak sejak seminggu lalu.

Seorang penumpang yang ditemui Daily Express, meluahkan kekesalan apabila mendapati kereta api yang dinaikinya hanya menggunakan satu gerabak, menyebabkan penumpang terpaksa berhimpit-himpit dan berdiri sepanjang perjalanan.

Advertisement
“Ramai penumpang terpaksa berdiri sepanjang perjalanan dari Halogelat ke Beaufort, termasuk warga emas, pelajar dan ibu mengandung,” katanya.

Kebiasaannya, kereta api dari Beaufort bertolak seawal jam 5 pagi dan tiba di Halogelat sekitar jam 6 pagi. Sebelum ini, lebih daripada satu gerabak akan disediakan, namun kini hanya satu digunakan, dan itu jelas tidak mencukupi untuk menampung jumlah penumpang yang ramai.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here