Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Banyak inisiatif GRS ‘yang pertama’
Published on: Sunday, April 27, 2025
Published on: Sun, Apr 27, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Banyak inisiatif GRS ‘yang pertama’
HAJIJI (kelima, kanan) dan yang lain melakukan gimik pelancaran Jentera Penerangan Gagasan Rakyat.
Tuaran: Banyak inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah di bawah kerajaan GRS tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu, apatah lagi Warisan “yang hanya menabur fitnah dan membuat pembohongan.”

“Inisiatif bantuan pendidikan, kebajikan rakyat seperti Rumah Mesra Sabah Maju Jaya dan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, kejayaan membawa pelabur asing untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan perlu dijelaskan dan disebarluaskan kepada rakyat.

Advertisement
“Inilah yang dilaksanakan oleh kerajaan GRS sepanjang empat tahun ini,” kata Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri berkata, adalah penting bagi semua pemimpin parti, termasuk jentera penerangan dan pilihan raya di semua peringkat untuk bekerja keras memastikan penjelasan ini sampai ke akar umbi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, sebagai gabungan kerajaan, GRS masih menjalankan perbincangan mengenai kerjasama dengan parti lain untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang semakin hampir.

“Kita sekarang sedang berbincang sesama sendiri dan selepas itu kita akan berbincang dengan mereka (parti lain) yang mahu bekerjasama dengan kita.

Advertisement
“”Kita adalah kerajaan negeri pada hari ini. Jadi, kita akan tentukan siapakah ‘partner’ kita (GRS) dalam pilihan raya akan datang,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Jentera Penerangan Gagasan Rakyat di pekarangan Dewan Persatuan Rumpun Bajau, di sini.

“Pembangkang kecewa kerana Gagasan Rakyat dan GRS terus diterima oleh masyarakat berbilang kaum di negeri ini,” katanya, menambah Gagasan Rakyat dan GRS akan terus memperjuangkan kebajikan rakyat hingga ke akar umbi.

Advertisement
“Jentera pilihan raya di setiap kawasan DUN telah ditubuhkan dan kini hanya menunggu untuk digerakkan.”

Beliau menyeru ahli parti untuk membantu memastikan kemenangan calon yang dipilih untuk bertanding.

“Saya harap ahli-ahli parti, sebaik sahaja keputusan muktamad dibuat, akan bekerja keras tanpa mengutamakan kepentingan peribadi atau rasa tidak puas hati.

“Tetapi berilah keutamaan kepada kepentingan parti,” katanya.

Selain itu, beliau berharap jentera penerangan Gagasan Rakyat, termasuk di peringkat bahagian dan cawangan, akan terus memerangi pembohongan dan fitnah yang disebarkan oleh pembangkang.

Dua lagi cabaran utama ialah keperluan untuk menguasai dunia maya atau media sosial dan terus meraih sokongan rakyat terhadap Gagasan Rakyat dan GRS.

“Jentera penerangan mempunyai tanggungjawab besar untuk menangani cabaran ini. 

“Kita bukan sahaja perlu memerangi pembohongan dan fitnah pembangkang dengan cepat, tetapi juga menyebarkan semua inisiatif bantuan kerajaan serta kejayaan yang dicapai oleh kerajaan GRS-PH Plus.

“Tahun ini adalah tahun pilihan raya, oleh itu jentera parti, khususnya jentera penerangan, mesti bekerja keras untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Insya-Allah, GRS akan diberi mandat sekali lagi,” katanya.

Beliau berkata, tanggungjawab sebagai jentera penerangan sangat mencabar kerana pembangkang sentiasa menyebarkan fitnah dan pembohongan.

“Justeru, kita kena lawan dengan apa yang kita sudah buat selama memerintah. 

“Walaupun rakyat tahu menilai, namun tugas kita, khususnya jentera penerangan, adalah untuk terus memberi penjelasan, lawan pembangkang kerana mereka akan terus membuat pembohongan.”

Sehubungan itu, beliau mahu semua jentera parti, jentera pilihan raya dan jentera penerangan di peringkat bahagian dan cawangan diperkukuhkan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri.

“Saya juga mahu siapa sahaja yang dipilih sebagai calon diberikan sokongan sepenuhnya.

“Tiada unsur sabotaj. Pada masa yang sama, kita mahu kestabilan politik,” katanya.

Turut hadir, Naib-Naib Presiden parti iaitu Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Banah, serta Setiausaha Agung Datuk Mohd Razali Razi.

Hadir sama Bendahari Agung Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Timbalan Bendahari Agung Datuk Tahir Md Picho dan Ketua Penerangan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Terdahulu, antara aktiviti yang diadakan sempena majlis itu ialah Pertandingan Video Pendek bersempena Bengkel Penerangan, Pertandingan Infografik dan Videografik, penyampaian vest dan persembahan artis tempatan.

Hajiji turut menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Bersatu Sabah di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here