Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Bekerjasama untuk bantu lebih ramai penagih dadah
Published on: Sunday, April 27, 2025
Published on: Sun, Apr 27, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Bekerjasama untuk bantu lebih ramai penagih dadah
“Marilah kita semua bekerjasama untuk mencegah dan membasmi ketagihan dadah daripada terus merebak dan merosakkan setiap lapisan masyarakat yang kita kasihi,” jelas James.
PAPAR: Semua pihak diseru supaya sentiasa prihatin dan peka terhadap perkembangan semasa dalam bidang pemulihan dadah, bagi membolehkan mereka membantu dengan lebih berkesan golongan yang menghadapi masalah ketagihan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Datuk James Ratib berkata semua pihak perlu dapat bekerjasama dan menimba lebih banyak ilmu pengetahuan untuk memahami, menyokong serta seterusnya memberi dorongan kepada golongan ini.

Advertisement
“Kita juga perlu sentiasa sedar bahawa ia adalah tanggungjawab bersama untuk mendidik dan mencegah diri sendiri serta ahli masyarakat kita daripada terlibat dalam aktiviti tidak sihat, khususnya ketagihan dadah.

“Dengan cara ini sahaja kita dapat melahirkan generasi sihat tanpa dadah, dan hanya dengan itu juga kita dapat menunaikan amanah yang dipikul bagi menjamin kesejahteraan negara daripada sebarang bentuk ancaman unsur negatif,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here