Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM2.5 juta siapkan projek kampung angkat Madani di Kota Belud
Published on: Monday, April 28, 2025
Published on: Mon, Apr 28, 2025
Text Size:
Text:
RM2.5 juta siapkan projek kampung angkat Madani di Kota Belud
ABD Shukor (tiga kanan) bersama penduduk kampung bergambar di hadapan Dewan Komuniti Kampung Pituru.
KOTA BELUD: Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menyiapkan Projek Kampung Angkat Madani di Kampung Pituru.

Melalui kejayaan projek berkenaan ia sekali gus dilihat mampu merapatkan jurang kemudahan antara kawasan bandar dan desa.

Advertisement
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Abd Shukor Mahmood berkata antara projek yang berjaya disiapkan di kampung itu termasuklah pembinaan jeti sepanjang 110 meter serta rumah jeti dan menaik taraf jalan Kampung Pituru Laut sepanjang 650 meter.

“Turut dilaksanakan ialah pembinaan tembok penahan ombak sepanjang 120 meter, pembinaan dewan serbaguna, stor peralatan dan pemasangan penghawa dingin di Surau Imam Sindok.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain itu satu projek tambahan melibatkan pembinaan pintu gerbang, gazebo dan papan tanda turut dilaksanakan dengan keseluruhan nilai projek berjumlah RM2.5 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Kampung Angkat Madani: Kampung Pituru pada Sabtu.

Dalam ucapannya beliau menekankan tiga objektif utama program itu adalah bagi merapatkan jurang kemudahan asas antara bandar dan desa, melengkapkan kemudahan asas di kawasan desa secara holistik serta mengenal pasti kaedah terbaik menyelesaikan isu infrastruktur.

Advertisement
Menurut beliau JPM turut bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dalam melaksanakan pemasangan telaga tiub bagi kegunaan penduduk kampung sebagai usaha memperkukuh kemudahan asas di kawasan terbabit.

“Projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh tiga bulan dengan pembiayaan penuh daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta sokongan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah,” ujarnya.

Advertisement
Turut hadir Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM Datuk Abdul Halim Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM Datuk Dr Khairus Masnan Abdul Khalid, Pegawai Daerah Kota Belud Peter Jiton serta Ketua Kampung Pituru Laut Sining Lakim.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here