Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah perlu jawatankuasa khas tumpu pembangunan Pantai Timur: Bung
Published on: Monday, April 28, 2025
Published on: Mon, Apr 28, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Sabah perlu jawatankuasa khas tumpu pembangunan Pantai Timur: Bung
LAHAD DATU: Satu jawatankuasa khas yang menumpukan pada pembangunan daerah-daerah di Pantai Timur Sabah perlu diwujudkan bagi memastikan kawasan ini tidak ketinggalan dari aspek pembangunan.

Ketua Penyelaras Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata penubuhan lembaga atau jawatankuasa ini adalah antara manifesto yang akan dilaksanakan oleh Umno sekiranya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Advertisement
“Ini salah satu daripada manifesto atau tawaran baharu kita, tapi kita akan perincikan nama dia. Saya melihat Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna macam terbiar, jadi saya melihat perlu ada jawatankuasa yang boleh mengemukakan dan memutuskan pembangunan apa yang dilaksanakan di daerah-daerah ini.

“Kita akan zon kan mana-mana kawasan ini untuk dibangunkan bersama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Adun Segama Datuk Mohamaddin Ketapi pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Bung, Umno mempunyai tugas besar untuk mengubah nasib rakyat dan cara perubahan itu memerlukan kestabilan politik dan komitmen serta kesungguhan pemimpin.

Katanya, banyak yang menabur janji, namun setelah menang, mereka sukar untuk menunaikannya.

Advertisement
“Saya walaupun baru dalam pimpinan Umno ini tetapi saya begitu yakin, saya bersama dengan rakan-rakan yang benar kita boleh memenuhi aspirasi rakyat Sabah.

“Kita sudah 60 tahun lebih merdeka tetapi rakyat Sabah masih dalam keadaan seolah-olah tidak merdeka. Ini perkara perlu kita tuntaskan, kita tidak mahu menoktahkan kemiskinan tegar itu atas kertas tapi kita mahu menoktahkan dengan realiti,” jelasnya.

Advertisement
Tegas Bung, Umno akan cuba yang terbaik untuk memastikan rakyat Sabah kembali ke platform yang sebenarnya.

Bercakap mengenai masalah-masalah di Segama seperti yang dibangkitkan oleh Mohamaddin, beliau akan mengemukakan perkara ini di peringkat persekutuan.

“Saya faham dia telah berusaha keras tetapi kerajaan negeri tidak menghiraukan dan saya akan berusaha meminta kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi,” tambahnya.

Sementara itu, Mohamaddin turut enyambut baik penubuhan jawatankuasa menumpukan pada pembangunan daerah di Pantai Timur termasuk Lahad Datu.

Katanya, usaha ini dapat memastikan daerah-daerah ini tidak ketinggalan dari segi pembangunan dan kemajuan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here