Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
RM13.66 juta untuk pelihara warisan budaya, seni Sabah: Hajiji
Published on: Monday, April 28, 2025
Published on: Mon, Apr 28, 2025
Text Size:
Text:
RM13.66 juta untuk pelihara warisan budaya, seni Sabah: Hajiji
HAJIJI dan isteri Datin Seri Juliah Salag disambut oleh Unduk Ngadau Tuaran sebaik tiba di Nexus Karambunai pada Sabtu malam.
Tuaran: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM13.66 juta tahun ini bagi usaha pemeliharaan warisan budaya dan seni Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. 

Beliau berkata, ini bagi memastikan warisan seperti pakaian tradisional etnik Sabah bukan sahaja diwarisi oleh generasi kini tetapi juga dilindungi untuk generasi akan datang. 

Advertisement
“Saya berharap minat terhadap warisan budaya kita dapat dikekalkan dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. 

“Peserta pertandingan Unduk Ngadau sendiri perlu mengambil peluang untuk menjadi duta pemeliharaan budaya, bahasa dan tradisi suku kaum Kadazandusun,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Berucap di majlis Sodop Unduk Ngadau Kaamatan peringkat daerah Tuaran di Nexus Resort and Spa Karambunai pada Sabtu malam, Hajiji berkata acara itu bukan sekadar pertandingan fesyen pakaian etnik. 

“Ia merupakan satu platform penting untuk menyerlahkan usaha kita dalam memelihara, mengangkat dan memartabatkan warisan budaya masyarakat Kadazandusun Murut dan Rungus (KDMR), khususnya dalam aspek pakaian tradisional yang kaya dengan nilai estetika, simbolisme dan sejarah. 

Advertisement
“Acara-acara seperti ini juga boleh menjana ekonomi dalam kalangan pereka busana dan pakaian etnik tempatan melalui ciptaan dan kreativiti mereka,” katanya. 

Hajiji berkata busana tradisional bukan hanya sekadar pakaian, tetapi melambangkan identiti, kedudukan sosial, nilai dan tradisi sesuatu kaum. 

Advertisement
Sebagai contoh, katanya, Tuaran terkenal dengan sulaman Linangkit, di mana setiap sulaman, motif dan warna mempunyai makna dan cerita tersendiri. 

“Kita mesti menghargai dan mengetengahkan seni ini kepada generasi muda dan masyarakat umum,” katanya. 

“Pertandingan ini juga menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuh pelancongan budaya melalui promosi warisan tempatan. 

“Keunikan busana etnik Kadazandusun boleh menjadi tarikan bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat antarabangsa,” katanya. 

Ketua Menteri berkata, tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, “Kaamatan Untuk Semua”, membawa makna besar bahawa semangat Kaamatan tidak terbatas kepada satu kaum sahaja, tetapi adalah milik bersama seluruh rakyat Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here