Kota Kinabalu: Pasukan Holy Nativity Parish Terawi (HNPT) dari Penampang muncul juara dalam pertandingan Tarik Tali Tradisional Kaamatan Keuskupan Agung Kota Kinabalu yang diadakan di padang St Michael di Penampang.
St. Michael Penampang Parish di tempat kedua diikuti St Thomas Kepayan Parish dan St Augustine Kinarut Parish masing-masing di tempat ketiga dan keempat.
HNPT diketuai oleh pengurus pasukan Mark Silak Sinto dengan Blasius Darrel Jr. sebagai timbalannya.
Ahli pasukan ialah Mark Mogindol (ketua), Andy Gerald, Josue Junik, Jenseh Chin Kin Loong, Mike Andy Philip, Fredoline James, Jeffery Chong Vun Kuan, Andrew Bob dan Kane Lyster.
Mark yang gembira dengan pencapaian itu berkata kejayaan tersebut adalah hasil semangat persaudaraan yang kuat di kalangan ahli. Mark juga berterima kasih kepada Dennison R. Endang kerana menaja jersi dan peralatan pasukan.