Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Guru didakwa amang seksual empat murid
Published on: Tuesday, April 29, 2025
Published on: Tue, Apr 29, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Guru didakwa amang seksual empat murid
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang guru sekolah rendah berusia 33 tahun didakwa atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat murid.

Lowoyon Elod Jiviol mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen A.Akhiruddin @ boy Acho, atas semua pertuduhan dihadapinya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Lowoyon didakwa melakukan kesalahan itu terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan menyentuh payudara mereka, masing-masing pada 31 Dis 2024 jam 8 pagi di dalam bilik darjah sekolah itu di Kudat.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap kanak-kanak sama pada 3 Jan tahun ini di tempat sama pada 7.30 pagi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan kelima dan keenam, Lowoyon didakwa melakukan penderaan seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dengan menyentuh bahagian sulit masing-masing pada 31 Dis 2024 jam 8 pagi di bilik darjah yang sama.

Bagi pertuduhan ketujuh dan lapan, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak lelaki yang sama pada 7.30 pagi pada 3 Jan tahun ini di bilik darjah yang sama.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 Mei tahun ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membebaskan Lowoyon dengan ikat jamin RM2,000 sebagai penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.

Advertisement
Dia diingatkan oleh mahkamah supaya tidak mendekati pengadu dan mangsa.

Menurut peguam Sylvester Kwan yang membela Lowoyon, anak guamnya merupakan seorang guru di sekolah rendah di Kudat tetapi bertukar sementara ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat sebagai Pegawai Pendidikan sementara menunggu proses penyelesaian kesnya.

Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin tampil untuk pendakwaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here