Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua lagi Nadi baharu di Sabah
Published on: Tuesday, April 29, 2025
Published on: Tue, Apr 29, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Dua lagi Nadi baharu di Sabah
SANDAKAN: Dua lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) baharu dalam pelaksanaan di negeri ini, masing-masing di Kampung Gelam di Semporna dan Pulau Banggi di Kudat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata ia juga antara 14 Nadi baharu yang telah dan sedang dibangunkan ketika ini di Sabah.

Advertisement
Menerusi Nadi, katanya, banyak manfaat diterima penduduk sekitar termasuk mengembangkan perniagaan kecil-kecilan secara dalam talian.

“Ia turut memberikan maklumat mengenai penggunaan perkhidmatan dalam talian yang selamat, khasnya remaja bawah 13 tahun yang tidak boleh memiliki akaun media sosial dan perlu dipantau ibu bapa,” katanya selepas merasmikan Hari Bersama Komuniti (HBK) Nadi Sim-Sim di Kampung Sim-Sim, di sini, pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Program Perkhidmatan Pintar Nadi itu bertujuan merapatkan jurang digital dan sosial serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi dalam menjayakan agenda digital negara.

Fahmi berkata, sejak beroperasi pada 22 Oktober 2019, Nadi Sim-Sim telah melaksanakan pelbagai program yang membantu memperkasakan komuniti setempat khususnya melalui lima teras Perkhidmatan Pintar iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan.

Advertisement
“Di Nadi Sim-Sim ini sendiri, ramai usahawan komuniti juga berjaya meningkatkan pendapatan melalui latihan dan sokongan digital yang disediakan,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Papat Datuk Frankie Poon Ming Fung dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md. Isa, antara lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here