Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Parti Impian Sabah akan tanding kesemua 73 kerusi DUN pada PRN17
Published on: Tuesday, April 29, 2025
Published on: Tue, Apr 29, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Parti Impian Sabah akan tanding kesemua 73 kerusi DUN pada PRN17
Michel berkata, ketika ini, 60 bahagian sudah bersedia manakala selebihnya juga akan diketengahkan calonnya.
SANDAKAN: Parti Impian Sabah (PIS) akan meletakkan calon di kesemua 73 Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Presidennya, Michel Alok berkata, ketika ini, 60 bahagian sudah bersedia manakala selebihnya juga akan diketengahkan calonnya.

Advertisement
“Pendirian kita adalah bergerak secara solo dan tidak akan membuat mana-mana gabungan,” jelasnya.

“Bagaimanapun, selepas PRN, jika ada keperluan gabungan, ia akan diperhalusi kerana sebarang gabungan seharusnya mampu memberi manfaat kepada rakyat Sabah yang mahukan perubahan itu, selain membuat keputusan sendiri untuk pembangunan negeri tanpa melibatkan yang lain,” jelasnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Hal Ehwal Islam Parti Impian Sabah di Jmiela Event Hall, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, kepimpinan parti peringkat negeri dan juga bahagian terlibat.

Advertisement
Dalam pada itu, sebanyak 30 peratus calon wanita akan diketengahkan sebagai calon PRN17 ini.

“Setakat ini, seramai empat calon wanita telah dikenalpasti selain calon muda dan veteren yang dilihat mempunyai potensi kepimpinan yang baik,” katanya.

Advertisement
Mengenai majlis raya peringkat negeri itu, beliau berkata ia menjadi medium bertemu rakan sesama parti itu dan meraikan perayaan itu bersama, berbanding hanya di peringkat bahagian sahaja. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here