Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sook tidak dipinggirkan dari segi pembangunan
Published on: Tuesday, April 29, 2025
Published on: Tue, Apr 29, 2025
Text Size:
Text:
Sook tidak dipinggirkan dari segi pembangunan
Hajiji berkata, banyak lagi pembangunan akan dibawa ke Sook pada masa akan datang yang akan memberi manfaat kepada rakyat di daerah ini. Ia termasuk pembinaan kompleks sukan, hospital daerah Sook, membina balai polis daerah dan menambah keluasan kawasan klinik kesihatan Sook.
WALAUPUN terletak di kawasan pedalaman Sabah, Sook tidak dipinggirkan dari segi pembangunan.

Sook, yang terletak di sebelah timur Keningau dan barat laut Nabawan, merupakan sebahagian daripada kawasan pedalaman Sabah dan terkenal dengan aktiviti pertaniannya.

Advertisement
Bagi daerah ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata beberapa projek pembangunan kini giat dijalankan, termasuk dua projek pembinaan jalan raya berturap iaitu Jalan Sinaron, Sook ke Jalan Linayukan, Tongod sepanjang 40km, serta Jalan Rancangan Belia Tiulon, Sook sepanjang 22.85km, masing-masing bernilai RM320 juta dan RM127 juta dan kini sedang dalam pelaksanaan.

Beliau berkata, dengan adanya jalan berturap ini, ia akan menjimatkan masa dan kos perjalanan selain mampu menjana pertumbuhan ekonomi tempatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menyentuh aspek pembangunan pendidikan, beliau berkata sebanyak empat sekolah juga dalam pembinaan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ambual, SK Rancangan Belia Tiulon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalit serta SMK Trusmadi yang hampir siap sepenuhnya.

Manakala, projek menaiktaraf klinik kesihatan serta projek Pembinaan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Sabah Electricity sudah siap pada tahun lalu.
Advertisement
Ini membabitkan Klinik Kesihatan Sook yang bernilai hampir RM1 juta serta Klinik Desa Karamatoi dan Klinik Desa Marapok yang masing-masing bernilai RM600,000.

“Manakala, seramai 120 penduduk telah menerima manfaat Rumah Mesra SMJ dari 2022 sehingga 2024 yang bernilai hampir RM9.6 juta di Sook. Pada tahun 2025 ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM6.4 juta untuk membina 80 buah rumah SMJ bagi Sook,” katanya.

Advertisement
Hajiji berkata, banyak lagi pembangunan akan dibawa ke Sook pada masa akan datang yang akan memberi manfaat kepada rakyat di daerah ini. Ia termasuk pembinaan kompleks sukan, hospital daerah Sook, membina balai polis daerah dan menambah keluasan kawasan klinik kesihatan Sook.

“Setiap pembangunan yang dibawa adalah lambang kesungguhan kerajaan negeri hari ini untuk membela nasib rakyat dan membawa Sabah ke arah pembangunan yang lebih maju, tersusun dan saksama,” tegasnya.

Sempena majlis itu beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk membina Dewan Terbuka Daerah Sook dan menaiktaraf Bangunan Urusetia Daerah Sook.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here