Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
TMM2026: Sabah mohon peruntukan saksama dalam pelancongan
Published on: Wednesday, April 30, 2025
Published on: Wed, Apr 30, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
TMM2026: Sabah mohon peruntukan saksama dalam pelancongan
Joniston, yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata senarai cadangan untuk TMM2026 bagi Sabah telah dihantar dan beliau mengharapkan maklum balas menggalakkan. 
Kota Kinabalu: Pembantu Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai, memohon negeri ini diberikan peruntukan pelancongan yang saksama oleh Kerajaan Persekutuan, sebagai persediaan menjana momentum Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). 

Joniston berkata prestasi konsisten Sabah dalam menarik kehadiran pelancong antarabangsa, menunjukkan sumbangan besar negeri itu kepada sektor pelancongan negara.

Advertisement
“Sabah melakukan dengan baik dalam menarik pelawat antarabangsa ke Malaysia dan mencapai sasaran kami untuk kehadiran pelancong pada 2024.

“Semasa kita melakukan persiapan untuk TMM2026, saya berharap Sabah akan menerima sokongan dan peruntukan adil sewajarnya daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk terus memacu kejayaan pelancongan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Joniston, yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata senarai cadangan untuk TMM2026 bagi Sabah telah dihantar dan beliau mengharapkan maklum balas menggalakkan. 

Beliau berkata STB dijangka bertemu dengan menteri Motac, untuk berbincang lebih lanjut mengenai cadangan itu tidak lama lagi.

Advertisement
Pada Oktober tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memperuntukkan hampir RM550 juta bagi menyokong aktiviti pelancongan dan persediaan TMM2026. 

Sambil menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara kerajaan dan sektor swasta, Joniston  memaklumkan sokongan strategik daripada kerajaan Persekutuan penting untuk membuka potensi penuh pelancongan Sabah.

Advertisement
“Libat urus berterusan memastikan perkara kekal relevan. Kami mahu memastikan perancangan bukan sekadar idea atas kertas, tetapi dibuat dengan input bermakna daripada pemain industri kami,” katanya.

Joniston yang mengiktiraf peranan penting operator pelancongan dan komuniti setempat dalam memacu pertumbuhan pelancongan Sabah juga menggalakkan pihak berkepentingan untuk terus berinovasi serta bekerjasama dengan STB serta badan kerajaan berkaitan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here