Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Program Madani Rakyat Sabah 9 – 11 Mei
Published on: Wednesday, April 30, 2025
Published on: Wed, Apr 30, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Program Madani Rakyat Sabah 9 – 11 Mei
Kuala Lumpur: Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (Pacu) akan menganjurkan Program Madani Rakyat 2025 Sabah (PMR) di Dataran Majlis Perbandaran Tawau selama tiga hari mulai 9 Mei ini.

Bertemakan Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan, program yang diadakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) serta Kerajaan Negeri Sabah itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam menangani isu kemiskinan tegar secara mampan.

Advertisement
Sekretariat Program Madani Rakyat 2025 dalam kenyataan memaklumkan pendekatan ini menekankan pemerkasaan rakyat melalui keusahawanan sebagai mekanisme strategik untuk membuka peluang pendapatan, mewujudkan pekerjaan serta menggalakkan mobiliti sosial dalam kalangan komuniti luar bandar dan golongan B40.

“Pendekatan ini dirangka untuk meningkatkan taraf ekonomi di samping memperkukuh kesejahteraan komuniti setempat selaras dengan nilai-nilai Malaysia Madani.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Melalui pelaksanaan program keusahawanan yang tersusun dan menyeluruh ini, matlamat untuk menoktahkan kemiskinan tegar dapat direalisasikan sekali gus membina masa depan yang lebih berdaya saing dan sejahtera,” menurutnya dalam kenyataan, lewat Isnin.

Sepanjang penganjuran program itu, pelbagai aktiviti berimpak tinggi akan diketengahkan bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat antaranya aktiviti berteraskan aspek kesejahteraan rakyat seperti perkhidmatan berkaitan kos sara hidup, pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat sosial.

Advertisement
“Dalam usaha memperkukuh keharmonian nasional, agenda perpaduan turut diberi penekanan melalui pelbagai program integrasi dan penyertaan komuniti berbilang kaum,” menurut sekretariat program itu.

Selain itu, peluang pendidikan dan kerjaya turut diberi perhatian melalui penganjuran program Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Karnival Kerjaya yang melibatkan pelbagai agensi dan syarikat swasta.

Advertisement
PMR 2025 Sabah juga bakal menampilkan penyertaan pelbagai agensi Kerajaan Negeri Sabah dan kementerian peneraju yang turut menyediakan perkhidmatan secara langsung kepada rakyat.

Turut diketengahkan ialah inisiatif kerajaan negeri dalam usaha menoktahkan kemiskinan melibatkan lima teras intervensi bantuan iaitu Perumahan, Pendidikan, Pekerjaan, Kebajikan dan Keusahawan serta Latihan.

“Keseluruhan program ini dilengkapkan dengan penganjuran Jualan Madani yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat dengan menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan,” menurut kenyataan itu.

Majlis Penutupan PMR 2025 Sabah bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 petang 11 Mei yang akan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Orang ramai dijemput menghadiri program itu yang akan bermula dari 9 pagi hingga 10 malam pada Jumaat dan Sabtu, manakala Ahad pula bermula dari 9 pagi hingga 6 petang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here