Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Kuala Lumpur Cup 2025: Sabah Kids raih tempat ketiga 
Published on: Wednesday, April 30, 2025
Published on: Wed, Apr 30, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Kuala Lumpur Cup 2025: Sabah Kids raih tempat ketiga 
KONTINJEN Sabah Kids bergambar selepas penyampaian hadiah.
Kota Kinabalu: Pasukan B-11, Sabah Kids mengharumkan nama negeri apabila menamatkan saingan di tempat ketiga kategori BOWL B-11 pada Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa 7-sebelah, Kuala Lumpur Cup 2025, yang berlangsung hujung minggu lalu.

Sabah Kids, satu-satunya wakil negeri dalam kategori itu, mara ke separuh akhir selepas membenam Infinity FC (Malaysia) 5-0 dalam aksi suku akhir kejohanan berprestij yang disertai lebih 14 negara itu.

Advertisement
Namun, langkah mereka terhenti di separuh akhir selepas tewas tipis 0-1 kepada MJT FC (Malaysia) yang kemudiannya melangkah ke perlawanan akhir.

Enggan pulang tangan kosong, anak-anak muda itu bangkit dalam penentuan tempat ketiga dengan menewaskan KDH Ampang 1-0 hasil jaringan tunggal Muhd Zahirul Mohd Nazib.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, Sabah Kids turut mencatat kemenangan meyakinkan ke atas Porti FC (Indonesia) 3-1 dalam peringkat kumpulan, sekali gus membuktikan kemampuan mereka di gelanggang antarabangsa.

Menambah kemanisan kejayaan, penyerang muda mereka, Muhd Zahirul, turut menduduki tempat ketiga senarai penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol — hanya dibezakan dua jaringan daripada pemenang Kasut Emas.

Advertisement
Ketua jurulatih, Musa Abdul Rahman, tidak dapat menyertai kejohanan namun tugas beliau digalas dengan baik oleh Zubair Shuhaime dan pembantunya, Sharizal Wahimin.

“Pencapaian ini hasil usaha gigih pemain dan sokongan kuat ibu bapa. Kami sangat berbangga,” kata Zubair.

Advertisement
Sharizal pula menyifatkan kejayaan itu sebagai pemangkin semangat untuk terus membangunkan bakat muda dari Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here