Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pesta Kaamatan Nabawan, Pagalungan 2 hingga 4 Mei
Published on: Wednesday, April 30, 2025
Published on: Wed, Apr 30, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Pesta Kaamatan Nabawan, Pagalungan 2 hingga 4 Mei
MARSHAL (duduk tengah) bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pesta Kaamatan Nabawan.
NABAWAN: Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Nabawan dan Pagalungan akan berlangsung selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Mei ini.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Pelaksana Pesta Kaamatan Daerah Nabawan, Marshal Anthony @ Idham berkata pelancaran rasmi akan diadakan pada 2 Mei di Dewan Terbuka Pagalungan dan dijangka disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Arthur Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.

Advertisement
Marshal yang juga Pegawai Daerah Nabawan berkata pertandingan Sugandoi peringkat akhir akan berlangsung di Pentas Terbuka Pagalungan diiringi dengan penampilan khas finalis Unduk Ngadau dan finalis Bubanzoi Tavantang Kaamatan 2025 pada 8.30 pagi hari sama.

“Pada hari berikutnya akan diadakan pertandingan sukan tradisi seperti tarik tali, terompah gergasi, melastik, menyumpit, membujak dan rampanau, yang akan diadakan di kawasan lapang Pekan Nabawan,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah di pejabat daerah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu beliau berkata acara kemuncak adalah pada 4 Mei yang akan berlangsung di Pentas Terbuka Majlis Daerah Nabawan dan bakal dirasmikan oleh Adun Nabawan merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here