Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Wanita tinggal lebih 22 tahun selepas pas tamat tempoh
Published on: Wednesday, April 30, 2025
Published on: Wed, Apr 30, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Wanita tinggal lebih 22 tahun selepas pas tamat tempoh
Kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda minimum RM12,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang wanita warga Indonesia yang telah tinggal lebih masa di Sabah selama 22 tahun tujuh bulan, dipenjara selama setahun.

Rovina Bulu Sanga mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, kepada pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Dia ditahan pada 15 April tahun ini pada 10.15 pagi di Keningau selepas dia mengemukakan dokumennya iaitu pas lawatan sosial yang telah tamat tempoh pada 15 Sept 2002.

Kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda minimum RM12,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah memerintahkan Rovina menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas selesai hukuman.

Di mahkamah sama, seorang wanita berusia 32 tahun didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan kerana membenarkan pendatang tanpa izin tinggal di premis di bawah kawalannya.

Advertisement
Nur Shafira Adilya Mathius Abdullah mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, atas tuduhan membenarkan seorang wanita warga Indonesia berusia 61 tahun tinggal di Restoran Tawau Delight di Sipitang.

Pertuduhan menyatakan warga Indonesia itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan Nur Shafirah didapati melakukan kesalahan itu pada 10.10 pagi 19 Nov 2024.

Advertisement
Sementara itu, lapan pendatang tanpa izin masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri itu tanpa sebarang dokumen.

Mereka ialah Dayang Mohammad, Surianti Sendo, Rudianto Arshad, Jimbar Ammook, Kendong Sagun, Adzmjn Aminusin, Jufri Dadda dan Muh Tahir.

Kesemua mereka mengaku memasuki negeri ini secara haram dan ditahan di kawasan Keningau baru-baru ini semasa operasi dijalankan Jabatan Imigresen.

Lapan tertuduh gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada petugas imigresen.

Pendakwaan kes itu dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Norizan Awang Tanda.

Selepas menjalani hukuman penjara, kesemua tertuduh itu diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here