Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pengalaman terindah kali kedua tawan Gunung Kinabalu: Teo
Published on: Wednesday, April 30, 2025
Published on: Wed, Apr 30, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pengalaman terindah kali kedua tawan Gunung Kinabalu: Teo
Teo menunjukkan poskad dengan gambar Pos Malaysia yang terdapat di Panalaban Gunting Lagadan pada penutup Naik Taraf Peti Pos Gunung Kinabalu di Auditorium Liwagu Kinabalu Park pada Rabu. – fotoBERNAMA
RANAU: Satu pengalaman yang sangat indah apabila berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu buat kali kedua, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata kali pertama menawan puncak Gunung Kinabalu pada 2008 ketika berusia 27 tahun.

Advertisement
“Ya, ini pengalaman yang sangat indah apabila saya berjaya ke puncak Gunung Kinabalu buat kali kedua dan saya berasa tidak lagi sekuat seperti kali pertama mendaki. Saya mula mendaki dari Pondok Timpohon pada 8.30 pagi semalam bersama 50 pendaki.

“Saya berjaya sampai di kem Panalaban dalam masa 5 jam 20 minit. Selepas itu, pagi tadi saya naik ke puncak Gunung Kinabalu pukul 2.30 pagi dan tiba dalam masa tiga jam, sebelum meneruskan perjalanan balik ke Pondok Timpohon dan sampai pukul 3.25 petang,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kinabalu Park dekat sini selepas melakukan pendakian berkenaan.

Gunung Kinabalu atau dikenali Aki Nabalu dalam bahasa Kadazandusun membawa maksud gunung nenek moyang berketinggian 4,095.2 meter dan terletak di daerah Ranau kira-kira 90 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.

Advertisement
Nie Ching berkata tujuan beliau mendaki Gunung Kinabalu adalah untuk meninjau kerja-kerja naik taraf perkhidmatan pos di puncak gunung berkenaan.

“Sebenarnya pos ini sudah ada sejak 10 tahun lepas dan kebetulan pada masa itu yang merasmikan pos berkenaan (ketika itu) Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Advertisement
“Oleh itu saya sebagai Timbalan Menteri Komunikasi setuju bersama-sama mendaki untuk meninjau pos berkenaan apabila dipelawa oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Pos Malaysia,” katanya.

Pos Malaysia melancarkan peti pos pertamanya di Gunung Kinabalu pada 2015, sekali gus mencipta nama dalam Malaysia Book of Records sebagai peti surat yang berada pada altitud tertinggi iaitu 3,289 meter dari aras laut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here