Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pasukan para Sabah raih empat perak, enam gangsa
Published on: Thursday, May 01, 2025
Published on: Thu, May 01, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Pasukan para Sabah raih empat perak, enam gangsa
PEMAIN dan pegawai Sabah bersama pengarah Majlis Sukan Negara (bahagian Para) Joherman Amir (depan, kedua dari kiri) selepas majlis penutup.
Kota Kinabalu: Pemain badminton para Sabah pulang membawa empat pingat perak dan enam gangsa dari Kejohanan Badminton Para MSN-Allianz -BAM 2025 Sirkit Satu Kebangsaan yang berlangsung di Kompleks Sukan MSN Setiawangsa, Kuala Lumpur dari 25-27 April.

Pingat perak diraih Charlie Fred Sagunting / Gladys Grace Didin (beregu campuran SH 6), Jerald Jaudy St (perseorangan lelaki SL 3), Gerald H Simbaku Vii (perseorangan lelaki SU 5) dan Gladys Grace Didin (perseorangan wanita SH6), manakala gangsa diperoleh daripada perseorangan Charlie Bins Tinggal SH6 (SH lelaki), Fred Sagunting (SL 3), Gerald H Simbaku Vii / M.Zainur Sulaiman(beregu lelaki SU5), Asnuar Matinin / Rahim Tinggal (beregu lelaki SL3), Mohd Asrun Mahadi / Jerald Jaudy St (beregu lelaki SL3) dan Juliana Kamal (beregu wanita) bersama pasangannya dari Kuala Lumpur.

Advertisement
Kontinjen Sabah yang diketuai oleh seorang pegawai dan dua jurulatih diwakili oleh 10 pemain dan kesemuanya layak beraksi di sirkit dua akan datang.

Untuk rekod, Sabah merangkul dua emas, dua perak dan dua gangsa pada sirkit akhir tahun lepas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here