Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
4,385 kes HFMD direkod di Sabah
Published on: Thursday, May 01, 2025
Published on: Thu, May 01, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
4,385 kes HFMD direkod di Sabah
Majoriti jangkitan HFMD berlaku di rumah atau pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti taska, tadika dan prasekolah, dengan 10 sekolah dilaporkan sebagai kluster.
Kota Kinabalu: Sebanyak 4,385 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan dari 1 Jan hingga 19 April lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Maria Suleiman.

Beliau dalam kenyataan di sini pada Rabu, berkata 83 peratus daripada jumlah kes itu melibatkan kanak-kanak berumur bawah tujuh tahun.

Advertisement
“Lima daerah mencatatkan kumulatif kes tertinggi iaitu Kota Kinabalu dengan 705 kes, Papar (578 kes), Penampang (450 kes), Keningau (431 kes) dan Tawau (262 kes).

“Kesemua kes yang dilaporkan adalah ringan dan hanya memerlukan rawatan pesakit luar tanpa melibatkan kes di unit rawatan rapi (ICU) atau kematian,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr Maria berkata majoriti jangkitan HFMD berlaku di rumah atau pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti taska, tadika dan prasekolah, dengan 10 sekolah dilaporkan sebagai kluster.

Beliau berkata lima daripada sekolah itu diarah tutup sepenuhnya, manakala selebihnya melibatkan penutupan sebahagian kelas tertentu bagi membolehkan siasatan lanjut dan kerja-kerja pembersihan serta disinfeksi dijalankan.

Advertisement
Sementara itu, orang ramai disaran untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan termasuk memastikan kebersihan diri dan persekitaran serta mengelakkan kanak-kanak yang bergejala daripada menghadiri pusat jagaan atau tempat awam bagi mencegah penularan jangkitan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here