Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bella Astillah, Ade Govinda bersatu dalam 'Lebih Indah Berpisah'
Published on: Friday, May 02, 2025
Published on: Fri, May 02, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bella Astillah, Ade Govinda bersatu dalam 'Lebih Indah Berpisah'
Bella bekerjasama dengan Ade untuk single terbaharunya.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon popular Bella Astillah tampil dengan single terbaharu berjudul Lebih Indah Berpisah, hasil kolaborasi dengan komposer terkenal dari Indonesia, Ade Govinda.

Bella berkata lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ade itu, mengangkat tema keberanian melepaskan cinta yang tidak lagi dihargai demi membuka lembaran hidup lebih bermakna.

Advertisement
“Ia mengisahkan seseorang yang berani berpisah apabila cintanya tidak lagi dihargai, mesejnya jelas bahawa perpisahan bukan kegagalan, sebaliknya satu langkah berani menuju kehidupan lebih indah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universal Music Malaysia hari ini.

Pemilihan judul lagu tersebut juga dibuat secara sepakat bersama-sama komposer itu bagi menonjolkan sisi positif perpisahan, dengan perkataan "indah" dipilih sebagai teras utama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan Ade serta pasukannya sebagai satu kenangan yang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan serta berharap lagu itu diterima baik di Malaysia dan Indonesia.

"Mereka sangat menghormati masa, bakat dan orang lain tanpa memandang siapa kita, selain, mereka layan semua orang dengan penuh hormat serta profesionalisme. Sewaktu proses rakaman, suasana di studio sangat positif dan penuh sokongan. Ini menjadikan pengalaman rakaman bebas tekanan," katanya.

Advertisement
Lagu Lebih Indah Berpisah boleh didengar di semua platform digital, manakala video muzik rasminya dapat ditonton di YouTube.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here