BINTANG Mantera, Jovenea Jim mendedahkan dia sebenarnya bukan pilihan utama untuk memegang watak Tana dalam filem arahan Chester Pang itu.
Naib Johan Unduk Ngadau 2011 itu berkata pada awalnya dia hanya diberi tanggungjawab bagi membantu pihak produksi mencari pelakon sesuai untuk watak terbabit.
Pun begitu, ‘takdir’ membawa haluan berbeza apabila dirinya sendiri ditawarkan watak itu oleh pengarah. “Tapi selepas menjalani kelas lakonan, pengarah nampaknya tidak berpuas hati dengan calon-calon sedia ada.
“Tiba-tiba pengarah cakap, ‘Jo, bagus kau yang bawa watak ini? Saya sendiri pun terkejut dan bilang ‘Hah? Saya?” “Tapi akhirnya saya bersetuju untuk sahut cabaran itu,” katanya kepada Hiburan Ekspres.
Advertisement





