Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PGA rampas RM25.7 juta barang seludup Apr
Published on: Saturday, May 03, 2025
Published on: Sat, May 03, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
PGA rampas RM25.7 juta barang seludup Apr
ANTARA barangan yang dirampas.
LAHAD DATU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 81 individu dan merampas barangan seludup bernilai RM25.7 juta menerusi serbuan yang dijalankan sepanjang April tahun ini.

Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 36 rakyat tempatan, 17 warga Filipina, 25 warga China, dua warga Pakistan dan seorang warga Indonesia.

Advertisement
Kesemua mereka ditahan secara berasingan dalam 35 operasi serbuan yang dijalankan oleh PGA Sabah di seluruh negeri.

Antara barangan yang dirampas dalam serbuan tersebut termasuk rokok seludup, minyak sawit mentah (CPO), makanan sejuk beku tanpa sijil halal dan sijil import sah serta pelbagai barangan lain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Rampasan terbesar dibuat selepas serbuan ke atas sebuah premis tidak bernombor di Jalan POIC, Lahad Datu di mana kami merampas sebanyak 104.543 tan minyak sawit tanpa lesen.

“Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM2.09 juta. Kes ini disiasat di bawah Peraturan 5(1)(D) Peraturan-Peraturan MPOB (Pelesenan) 2005,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Advertisement
Menurut Abdul Rani, satu lagi rampasan besar dibuat susulan serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Dam, Lahad Datu, di mana PGA merampas sebanyak 3.096 juta batang rokok (rokok putih dan kretek).

Katanya, semasa serbuan tersebut, dua lelaki tempatan ditahan untuk siasatan di bawah Akta Kastam 1967.

Advertisement
“Kesemua rampasan, termasuk sebuah van yang dipercayai digunakan dalam aktiviti ini, dianggarkan bernilai RM9.319 juta termasuk cukai,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rani berkata PGA akan terus melaksanakan tanggungjawab dalam memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Polis turut menyeru orang awam agar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha membanteras jenayah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here