Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
20 Pendatang Tanpa Izin dipenjara beberapa bulan
Published on: Saturday, May 03, 2025
Published on: Sat, May 03, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
20 Pendatang Tanpa Izin dipenjara beberapa bulan
Mereka didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua puluh pendatang tanpa izin dipenjara selama beberapa bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Mereka ialah Zulbare Makmun, Tikong Akmad, Siti Rahmah Sarabun, Saliha Mahmon, Norisah Tikung, Kimar Abdu, Kamal Amijun, Julmin Tula, Fajar Akino, Haris Malaira Ahamad, Bella Julmin, Barandino Najirar, Arman Enang, Najir Umra, Hasan Hamjah, Roslan Nasirin, Umra Hajar, Arkam Imran @ Akram, Munir Umra dan Yusof Jahin @ Yussof Jahin.

Advertisement
Pendatang tanpa izin yang berumur antara 24 hingga 50 tahun itu mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain atas pertuduhan dihadapi mereka.

Mereka ditangkap di beberapa lokasi berbeza seperti kawasan Sulaman dan pusat bandar kerana memasuki negeri ini tanpa dokumen pengenalan diri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mereka ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri semasa operasi yang dijalankan oleh pihak imigresen di kawasan tersebut.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.

Advertisement
Semasa mitigasi, mereka memohon hukuman ringan dan meminta agar dihantar pulang ke negara asal mereka secepat mungkin.

Mahkamah memerintahkan agar hukuman penjara terhadap pendatang asing tanpa izin itu bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Advertisement
Di mahkamah sama, seorang rakyat Pakistan dan seorang warga Indonesia masing-masing dipenjara dan didenda kerana tinggal di negeri ini selepas dokumen mereka tamat tempoh.

Imtaz Khan diperintahkan membayar denda RM10,000 atau dipenjara enam bulan kerana tinggal melebihi tempoh selama lapan bulan lima hari selepas Pas Khasnya tamat pada 12 Julai 2024. Dia ditangkap pada 17 Mac tahun ini di Kedai Mashal Khan Enterprise di Kg Luagan, Beaufort.

Sementara itu, Jumardi dipenjara 12 bulan kerana tinggal melebihi tempoh selama tiga tahun tiga bulan selepas Pas Pelajarnya tamat pada 31 Disember 2021 dan ditahan pada 17 April tahun ini di sebuah rumah di Jalan Sulaman, Tuaran.

Selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara, kesemua pendatang tanpa izin itu termasuk Imtaz dan Jumardi diperintahkan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk pengusiran.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here