Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Siasatan kes rasuah projek SMJ: CDO dilepas dengan jaminan
Published on: Saturday, May 03, 2025
Published on: Sat, May 03, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Siasatan kes rasuah projek SMJ: CDO dilepas dengan jaminan
Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy Y. Subbiah mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa kes di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 tersebut masih disiasat secara terperinci dari semasa ke semasa. 
SANDAKAN: Seorang Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) yang direman untuk membantu siasatan berkaitan kes rasuah projek pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya, dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan. 

Lelaki tersebut dibebaskan dengan jaminan pada 30 April dengan syarat seorang penjamin tempatan, wang jaminan sebanyak RM20,000 (termasuk RM5,000 deposit), dan perlu melapor diri di mana-mana cawangan SPRM sekali setiap bulan.

Advertisement
Pada 25 April lalu, media melaporkan lelaki itu ditahan reman enam hari sehingga 1 Mei kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM40,000 berkaitan projek pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 50-an itu dipercayai menerima wang tersebut daripada beberapa individu dan kontraktor sejak tahun 2022 hingga 2025 sebagai dorongan untuk menganugerahkan projek perumahan berkenaan kepada mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy Y. Subbiah mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa kes di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 tersebut masih disiasat secara terperinci dari semasa ke semasa.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here