Kota Kinabalu: Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berpendapat Umno Sabah kini sudah kehilangan pemimpin dengan kredibiliti dan hanya “tinggal golongan tidak matang”.
Sebagai seorang aktivis bebas yang aktif di Sabah sejak 1995, beliau berkata undang-undang negara membenarkannya menyuarakan pandangan walaupun tidak berdaftar sebagai ahli mana-mana parti politik.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Sabtu, sebagai respons terhadap kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik Umno Sabah, Datu Rosman Ahir Zaman yang mendakwa beliau (Zulkarnain) tidak berhak mencampuri urusan dalaman Umno dan tidak setia kepada parti.
“Pada 1996, saya mula aktif menentang Umno apabila tidak bersetuju dengan keputusan Tun Mahathir yang menggilirkan jawatan Ketua Menteri Sabah melalui Kumpulan Belia Pencinta Nusa (Cintanusa),” katanya.
Advertisement





