Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Dua anggota polis Sipitang menyerlah di Kayak Labuan
Published on: Sunday, May 04, 2025
Published on: Sun, May 04, 2025
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Dua anggota polis Sipitang menyerlah di Kayak Labuan
FREDDY dan Baharrudin.
LABUAN: Lautan biru di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan menjadi pentas buat dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang menyerlah dengan menawan cabaran getir International Kayak Marathon Labuan Round Island 2025.

Sub Inspektor Freddy Anggang dan Sub Inspektor Baharrudin Ismail bukanlah peserta profesional sukan air, namun dengan semangat waja dan latihan intensif selama hampir tiga minggu, mereka membuktikan bahawa anggota polis bukan sekadar penguatkuasa undang-undang tetapi juga pejuang fizikal dan mental yang mampu bersaing di pentas antarabangsa.

Advertisement
Kejohanan yang berlangsung pada 26 dan 27 April itu memperlihatkan cabaran besar dengan dayungan sejauh 51.2 kilometer mengelilingi pulau Labuan. 

Pada hari pertama, pasangan dari IPD Sipitang itu menyertai Mini Marathon sejauh 7 kilometer dalam kategori berpasangan lelaki dan berjaya meraih tempat ke-10. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Freddy turut menonjol dalam kategori perseorangan lelaki dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-6 yang merupakan satu pencapaian mengagumkan untuk penyertaan sulung di peringkat ini.

Namun acara kemuncak pada hari kedua, dayungan penuh mengelilingi pulau menjadi pentas sebenar menguji kekuatan diri. 

Advertisement
Dengan angin kencang, arus deras dan ombak tinggi, Freddy tidak hanya bertahan, tetapi cemerlang menamatkan perlumbaan dengan menduduki tempat ke-5 dalam kategori perseorangan lelaki.

Daripada lebih 85 peserta termasuk wakil dari Brunei dan seluruh Malaysia, kehadiran dua wakil IPD Sipitang itu menjadi perhatian. 

Advertisement
Ketiga-tiga kategori yang disertai mereka berakhir dengan pencapaian dalam kelompok 10 terbaik adalah sesuatu yang jarang berlaku bagi pasukan baharu dalam kejohanan seperti ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sipitang, SUPT Awang Anak Suanda, menyifatkan penyertaan ini sebagai satu lambang kekuatan dan daya saing luar biasa anggota PDRM.

“Mereka bukan hanya mengharumkan nama IPD Sipitang, tetapi juga membuktikan bahawa anggota PDRM mampu bersinar dalam pelbagai cabang  termasuk sukan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Awang Anak turut menekankan bahawa penglibatan anggota dalam bidang sukan adalah sesuatu yang amat digalakkan, kerana ia bukan sahaja meningkatkan tahap kecergasan tetapi turut membentuk jati diri, disiplin dan kerjasama yang tinggi.

Pencapaian ini memberi gambaran jelas bahawa anggota PDRM mampu menyahut cabaran di mana-mana medan, sama ada di darat, mahupun di laut terbuka.

“Syabas buat Sub-Inspektor Freddy Anggang dan Sub-Inspektor Baharruddin Ismail kerana IPD Sipitang terus melangkah gagah di darat dan di laut,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here