Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Raja Dusta sindiran Diana Danielle?
Published on: Sunday, May 04, 2025
Published on: Sun, May 04, 2025
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
Raja Dusta sindiran Diana Danielle?
Diana Danielle
PENYANYI dan pelakon berbakat besar Diana Danielle kembali mewarnai dunia muzik dengan melancarkan single terbaharunya Raja Dusta.

Sebuah karya penuh keberanian dan sindiran nakal Raja Dusta ibarat memberi ruang untuk wanita dan lelaki meraikan kebebasan selepas melepasi sebuah hubungan toksik.

Advertisement
Diana berkata lagu berkenaan adalah cerminan kepada kekuatan wanita yang sering terperangkap dalam budaya misoginis yang menjadikan mereka mangsa penderitaan secara senyap.

“Saya mahu menghasilkan sesuatu yang lebih rancak dan menyeronokkan tetapi sebagai satu sindiran terhadap situasi saya sekarang. Walaupun saya boleh kaitkan lagu ini dengan pengalaman peribadi namun ia bukan ditujukan kepada sesiapa secara spesifik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Lagu ini mewakili apa yang ramai wanita alami dalam perhubungan seperti janji palsu, harapan yang dimanipulasi dan akhirnya keberanian untuk bebaskan diri,” katanya.

Menurut Diana yang juga penyanyi lagu Bersama Dengan Rindu, lagu Raja Dusta sesuai semua walaupun lirik lagu ini dibawakan dari perspektif seorang wanita.

Advertisement
Diana berkata dia ingin menekankan bahawa mesej lagu ini adalah bersifat universal dan boleh dikaitkan dengan sesiapa sahaja.

“Saya mahu pendengar menikmati lagu ini tanpa rasa benci. Ia mengenai keberanian dan kebebasan untuk membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri.
Advertisement
“Kita semua pernah berada dalam hubungan yang berat sebelah.

“Jadi lagu ini adalah peringatan supaya jangan tertipu dengan kata-kata manis jika perbuatan tidak seiring,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu terbabit Diana menyatakan proses rakaman Raja Dusta berlangsung dengan penuh keseronokan walaupun ini adalah kali pertama dia bekerjasama dengan penerbit John Jeeves.

Dalam pada itu Diana berkongsi yang mana sepanjang penghasilan lagu dan video muzik ini dirinya menerima sokongan tidak berbelah bagi daripada pasukannya termasuk pihak pengurusan Universal Music, pengarah muzik video, para pelakon, kru produksi serta penari latar.

“Saya agak kekok pada mulanya sebab sudah dua tahun tidak muncul dengan lagu baharu.

“Keyakinan saya sedikit goyah tetapi semua orang di sekeliling sangat menyokong dan buat saya rasa selesa. Saya harap ini menjadi permulaan yang baik untuk kembali aktif dalam bidang muzik,” Tambahannya.

Mengulas lanjut Diana memaklumkan rakaman video muzik Raja Dusta turut menjadi pengalaman menarik buat dirinya apabila ia membabitkan tarian, pelbagai lokasi dan penggambaran yang panjang di Hotel Palm Garden, Putrajaya.

“Saya ulang banyak kali perkataan ‘seronok’ sebab memang itulah yang saya rasa. Walaupun mencabar dan di luar zon selesa saya tahu perlu biasakan diri dengan rentak ini,” katanya.

Diana berharap lagu ini bukan sahaja menghiburkan malah menjadi peneman buat mereka yang sedang atau pernah melalui detik sukar dalam hubungan.

“Saya mahu orang menyanyi lagu ini dengan kuat dalam kereta atau semasa mandi. 

Muzik adalah satu bentuk perayaan dan saya harap sesiapa yang telah keluar daripada hubungan yang menyakitkan dapat meraikan kebebasan mereka dan menghargai keberanian diri sendiri,” katanya. 

Raja Dusta boleh didengar di semua platform penstriman digital sejak 18 April lalu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here