Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Dua konsert mega gegar Miri
Published on: Sunday, May 04, 2025
Published on: Sun, May 04, 2025
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
Dua konsert mega gegar Miri
SIDANG media Konsert MeleTOP TVS dan Konsert Berkat Gawai-Kaamatan baru-baru ini.
BANDARAYA Miri bakal menjadi pentas utama dua konsert mega yang dijangka menggamatkan Bumi Kenyalang pada bulan ini. 

Lebih menarik kedua-dua konsert adalah percuma buat semua rakyat Sarawak dan lokasi berhampiran. 

Advertisement
Disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak kedua-dua konsert terbabit dibawakan oleh TVS dengan kerjasama Astro.

Penganjuran dua konsert berkenaan bukan sahaja memaparkan gabungan hebat antara dua jenama hiburan terbesar negara namun ia juga menandakan satu lagi kejayaan dalam memperluaskan jangkauan industri kreatif ke utara Sarawak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Konsert MeleTOP TVS akan diadakan pada 17 Mei bertempat di Stadium Tertutup Miri dan disusuli oleh rakaman khas MeleTOP keesokan harinya sekali gus kali pertama program hiburan popular tersebut dibawa keluar dari Lembah Klang.

Barisan artis yang bakal menghiasi pentas termasuklah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie dan ramai lagi. 

Advertisement
Satu gabungan mantap antara budaya tradisional Borneo dan muzik pop kontemporari yang pasti memukau penonton. 

Selain itu kemeriahan hiburan masih diteruskan pada 21 Mei menerusi Konsert Berkat Gawai-Kaamatan.

Advertisement
Bermula sekitar jam 7.30 malam  konsert terbabit akan menampilkan Ratu Rock Negara Ella sebagai peneraju utama. 

Artis yang akan membuat persembahan adalah Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX serta artis jemputan dari Kalimantan Marina Jara.

Turut disiarkan pada 31 Mei jam 9 malam di TVS konserta berkenaan merupakan satu penghargaan kepada warisan dan budaya masyarakat Sarawak, Sabah dan Kalimantan di samping meraikan perpaduan melalui muzik.

Sementara itu Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pihaknya menyokong penganjuran program berskala besar di Miri.

“Ini merupakan satu pencapaian besar buat industri kreatif kita. Kami bangga serta tahniah kepada TVS dan Astro atas kerjasama luar biasa ini.” katanya.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here