Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis popular
Published on: Sunday, May 04, 2025
Published on: Sun, May 04, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis popular
Antara artis yang akan ditampilkan pada konsert itu ialah Awie (kiri) dan Stacy.
KUALA LUMPUR: Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Sabah bakal dimeriahkan dengan penganjuran Konsert Mega Tawau yang menampilkan barisan artis popular tanah air.

Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (Pacu) Pejabat Perdana Menteri menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook hari ini memaklumkan konsert yang berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 8 malam 10 Mei itu antaranya akan menampilkan Datuk Awie, Stacy, Akim, Felix Agus dan Tekun Band.

Advertisement
“Konsert ini merupakan satu pengisian utama PMR 2025 Sabah yang membawa tema 'Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan'.

“Melalui gabungan hiburan, pameran perkhidmatan kerajaan serta penglibatan usahawan tempatan, program ini bukan sekadar meriah tetapi turut menjadi platform penting memperkasa ekonomi rakyat dan menyemai semangat perpaduan komuniti Sabah,” menurut hantaran itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Antara aktiviti yang diketengahkan pada PMR 2025 Sabah, yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 Mei, ialah pemeriksaan kesihatan, khidmat nasihat sosial, pameran perkhidmatan kerajaan dan program integrasi komuniti pelbagai kaum.

Program itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) serta Kerajaan Negeri Sabah.

Advertisement
Ia turut melibatkan penyertaan agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta pelaksanaan inisiatif bantuan berlandaskan lima teras utama iaitu Perumahan, Pendidikan, Pekerjaan, Kebajikan dan Keusahawanan serta Latihan.

Peluang pendidikan dan kerjaya juga diberi penekanan melalui penganjuran Karnival Kerjaya dan program Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) manakala Jualan Madani pula menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan.

Advertisement
Majlis Penutupan PMR 2025 Sabah akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 petang 11 Mei ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here