Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
PM Pakistan tangguh lawatan ke Malaysia susulan ketegangan akibat insiden Kashmir - PM Anwar
Published on: Monday, May 05, 2025
Published on: Mon, May 05, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
PM Pakistan tangguh lawatan ke Malaysia susulan ketegangan akibat insiden Kashmir - PM Anwar
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif - Foto Bernama.
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif menangguhkan lawatan rasminya ke Malaysia yang dijadualkan pada Jumaat ini susulan ketegangan yang timbul selepas insiden serangan di Kashmir baru-baru ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Shehbaz melalui penggilan telefon semalam.

Advertisement
“Saya memahami situasi rumit yang sedang dihadapi Pakistan dan mendoakan agar keadaan segera reda serta tidak terus meruncing.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan untuk siasatan bebas dan telus bagi mengenal pasti dalang sebenar serangan itu,“ katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Anwar berkata beliau turut menyatakan kesediaan Malaysia memainkan peranan ke arah meredakan ketegangan sekiranya diperlukan.

Perdana Menteri berkata hubungan baik Malaysia dengan Pakistan dan India adalah aset penting yang boleh dimanfaatkan demi keamanan dan kestabilan serantau.

Advertisement
Beliau berkata Shehbaz turut menyatakan penghargaan terhadap hubungan erat antara kedua-dua negara serta mengutarakan hasrat untuk mempercepatkan pemeteraian memorandum persefahaman yang sedang dirunding dan menegaskan komitmen Malaysia untuk menyegerakan urusan tersebut.

“Insya-Allah apabila keadaan mengizinkan, kita akan menyambut Perdana Menteri Shehbaz di Malaysia dalam suasana aman dan tenteram,“ katanya.

Advertisement
Serangan tembakan yang meragut 26 nyawa di kawasan pelancongan Pahalgam, Kashmir pada 22 April lepas menimbulkan ketegangan antara India dan Pakistan
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here