Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun mereka seharusnya membuang sampah ke dalam tong yang disediakan berhampiran kawasan tanaman dan bukannya meninggalkan kawasan awam dalam keadaan kotor.
Jika mereka terus tidak bertanggungjawab dan dilihat membuang sampah merata-rata, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.”
Advertisement
Advertisement
“Pihak MC bersetuju untuk mempertingkatkan usaha pasukan pembersihan bagi mengosongkan tong sampah dan menyapu sampah di bawah laluan berbumbung semasa musim perayaan.
“Pegawai kami dimaklumkan bahawa pada cuti umum, pekerja pembersihan akan diminta datang sekurang-kurangnya sejam lebih awal sebelum pusat beli-belah dibuka untuk membersihkan laluan itu.”
Sementara itu, katanya, pegawai JPSP akan memantau kawasan sekitar bangunan bagi mengesan sesiapa yang membuang sampah sewenang-wenangnya.
Katanya, individu yang berulang kali mengabaikan nasihat agensi untuk tidak membuang sampah merara-rata di kawasan awam boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Mereka boleh didenda sehingga RM10,000 jika didapati bersalah di mahkamah.”
Jurucakap itu berkata, agensi itu sudah mengutip sebanyak RM2,660 menerusi kompaun serta-merta terhadap 133 kutu sampah dalam tempoh dua bulan lalu menerusi operasi “Ops Bersih”.
Kira-kira RM1,540 dikutip pada Mac dan RM1,120 lagi pada April.
Katanya, mereka didapati membuang sampah seperti puntung rokok secara sembarangan.
“Seramai 142 perokok ditangkap antara Mac hingga April. Sebanyak 133 orang membayar kompaun mereka serta-merta, manakala sembilan lagi memilih untuk berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.”
Antara empat hingga lima pemeriksa JPSP berpakaian biasa telah menjalankan 52 pemeriksaan berasingan antara 3 Mac hingga 28 April.
Pemeriksaan ini membabitkan hartanah dalam kawasan pusat bandar serta di kawasan dari Telipok hingga ke Lido, menurutnya.
Katanya, lokasi di Kota Kinabalu termasuk deretan kedai di Kg Air, Sinsuran dan Segama serta di sepanjang Jalan Gaya, Jalan Tugu dan Jalan Haji Yakub.
“Jumlah kutu sampah tertinggi dicatatkan di Kg Air (38), diikuti Sinsuran (19) dan Segama (17).”
Bagi kawasan luar pusat bandar, jurucakap itu berkata pasukan JPSP telah membuat pemeriksaan di Damai Plaza, Foh Sang, deretan kedai Bornion, Kingfisher Plaza, pusat komersial Alam Mesra, EG Mall, Manggatal Plaza, Salut dan Commercial Centre.
Pemeriksaan juga dilakukan di kawasan Tanjung Aru, Lido, Manggatal dan pekan Telipok.
“Tanjung Aru mencatat jumlah pesalah tertinggi dalam kes ini, dengan 14 individu ditangkap kerana membuang sampah merata-rata.
“Ia diikuti Kingfisher Plaza (12 orang), tujuh individu ditangkap di Manggatal Plaza dan lima dikenakan tindakan di Damai Plaza.”
Jurucakap itu berkata DBKK sedang giat mengambil tindakan tegas terhadap kutu sampah untuk menggalakkan orang ramai memainkan peranan dalam menjaga kebersihan Ibu Negeri.
“Ia bukan hanya tanggungjawab pekerja kutipan sampah dan penyapu jalan untuk memastikan kawasan komersial dalam kawasan penarafan kami kelihatan kemas dan menarik, terutamanya kepada pelancong yang pertama kali datang dari luar negara.
“Ia adalah tanggungjawab bersama semua yang tinggal, bekerja dan berulang-alik ke kawasan-kawasan ini.”






