Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ops dadah: 36 individu ditahan di Sandakan
Published on: Tuesday, May 06, 2025
Published on: Tue, May 06, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Ops dadah: 36 individu ditahan di Sandakan
ANTARA lokasi sarang penagihan dadah yang diserbu.
SANDAKAN: Seramai 36 individu termasuk sembilan wanita ditahan dalam siri operasi antidadah (Ops Tapis Narkotik) yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dari 25 April hingga 3 Mei lalu.

Operasi bersepadu ini menyasarkan beberapa lokasi panas di sekitar Sandakan seperti Kg Sim Sim, Kg Mangkalinau, Kg Batu Putih, Bandar Letat Jaya, Bandar Ramai-Ramai, pusat bandar Sandakan, PPR Taman Murni, Pelabuhan STC Jetty serta kawasan ladang dan hotel berdekatan.

Advertisement
Tahanan terdiri daripada 27 lelaki dan sembilan wanita, merangkumi golongan remaja hingga dewasa. Mereka ditahan di bawah pelbagai peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952, termasuk Seksyen 39B, 39A(1), 12(2) dan 15(1)(a).

Ujian saringan air kencing mendapati ramai daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 26 April, di Kg Disayang, seorang lelaki dan lapan wanita didapati positif dadah. Sementara itu, pada 2 Mei, tujuh lelaki ditahan di STC Jetty, termasuk seorang yang ditahan di bawah Seksyen 39A(1) kerana memiliki dadah dalam kuantiti besar.

Satu lagi kes serius melibatkan tangkapan di bawah Seksyen 39B kerana aktiviti pengedaran dadah, satu kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Ahsmon Bajah berkata, operasi ini mencerminkan komitmen berterusan pihak polis dalam membanteras gejala dadah.

“Ops Tapis dilaksanakan secara intensif sebagai langkah pencegahan dan penguatkuasaan bagi menghapuskan rantaian penagihan serta pengedaran dadah di daerah ini. Kami akan terus menggempur lokasi-lokasi panas dan bertindak tegas tanpa kompromi,” katanya.

Advertisement
Kesemua suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan untuk siasatan dan tindakan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here