Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hasil pelancongan l-bandar naik
Published on: Wednesday, May 07, 2025
Published on: Wed, May 07, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Hasil pelancongan l-bandar naik
HAJIJI (tengah) melakukan gimik pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran.
KIULU: Sektor pelancongan di Sabah terus mencatat pencapaian memberangsangkan, dengan sumbangan ketara daripada pelancongan berasaskan komuniti (CoBT). Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu antara kawasan pedalaman yang menyumbang kepada hasil negeri, sekali gus muncul sebagai salah satu perintis utama pembangunan CoBT.

“Pelancongan merupakan antara teras penting dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) apabila jumlah keseluruhan hasil negeri daripada CoBT meningkat kepada RM7 juta pada 2024 berbanding RM6.7 juta pada 2023 dengan 18 daerah aktif.

Advertisement
“Oleh itu, saya mahu CoBT dibangunkan secara aktif kerana potensinya dalam mengembangkan dan menjana ekonomi di kawasan pedalaman negeri ini,” katanya pada perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2025 di Dewan Masyarakat Kiulu, Selasa.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai;  Adun Tamparuli, Datuk Jahid Jahim serta Adun Pantai Dalit, Jasnih Daya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji mengulas lanjut, Sabah menerima seramai 923,709 pelancong pada awal tahun ini iaitu sekitar 26 peratus daripada sasaran keseluruhan 3.5 juta pelawat tahun ini.

“Saya yakin sasaran ini bukan sahaja mampu dicapai namun berpotensi untuk melebihi sasaran seperti prestasi pada 2024 dengan kehadiran 3.2 juta pelawat berbanding sasaran awal seramai 3 juta pelancong,” katanya.

Advertisement
Beliau turut menekankan kepentingan kemudahan infrastruktur luar bandar agar dipertingkatkan sebagai asas untuk menyokong pertumbuhan pelancongan dan pertanian.

Katanya, infrastruktur yang baik bukan sahaja memberi keselesaan kepada rakyat tempatan, malah menjadi tarikan utama kepada pelancong asing dan domestik.

Advertisement
Haji menyeru rakyat agar terus menyokong usaha kerajaan dalam memperkukuh pembangunan negeri, khususnya dalam sektor pelancongan yang menjadi pemangkin utama kepada ekonomi Sabah.

“Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kita. Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan penting bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini,” tegasnya.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada empat persatuan CoBT di negeri ini yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan empat universiti serta satu persatuan pelancongan dari Taiwan, termasuk Persatuan Pelancongan Kiulu.

Katanya, tiga lagi CoBT adalah Persatuan Pelancongan Tambunan, Persatuan Pengusaha Kopi Sabah dan Persatuan Komuniti Wanita Kampung Tambatuon, Kadamaian Kota Belud.

Menurutnya, kolaborasi ini dijangka membawa manfaat besar dalam pemindahan ilmu dan pemerkasaan komuniti pelancongan setempat.

“Daerah Kecil Kiulu seharusnya memanfaatkan sepenuhnya potensinya dalam pelancongan dan pertanian sebagai pemangkin ekonomi kerana daerah ini mempunyai antara pengendali CoBT di negeri ini.

“Persidangan Pelancongan Berasaskan Komuniti akan dianjurkan buat pertama kali oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah pada bulan Jun ini di Kota Kinabalu sebagai satu lagi langkah strategik dalam memperkukuh sektor pelancongan Sabah,” ujar beliau.

Dalam majlis berkenaan, beliau juga meluluskan peruntukan sebanyak RM1.1 juta untuk melaksanakan beberapa projek pembangunan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu.

Antaranya pembinaan tempat letak kereta Pekan Kiulu, pembinaan jalan raya ke Kampung Kitapol dan projek bekalan air graviti Kampung Lopot.

“Kiulu mesti dibangunkan dan aspirasi rakyat yang mahukan pembangunan berterusan serta kesejahteraan mereka harus dibela dan bantu,” katanya.

Hajiji turut mengisytiharkan Dewan Masyarakat Kiulu kini dinamakan sebagai Dewan Masyarakat OKK Rampas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here