Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
X Selangor, Thulanut Thunders juara 7s Veteran Mimpagaat Borneo ke-4
Published on: Wednesday, May 07, 2025
Published on: Wed, May 07, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
X Selangor, Thulanut Thunders juara 7s Veteran Mimpagaat Borneo ke-4
THULANUT Thunders.
Kota Kinabalu: Kelab X Selangor dan Thulanut Thunders memenangi anugerah tertinggi pada kejohanan Bola Sepak 7s Veteran  Antarabangsa Mimpaagat Borneo ke-4 yang berlangsung di Kompleks Sukan Penampang pada hujung minggu.

Kelab X Selangor merangkul trofi divisyen Grandmasters 55s dengan kemenangan penalti ‘sudden death’ ke atas Sigah Penampang pada perlawanan akhir selepas seri 3-3 dalam penentuan sepakan penalti setelah perlawanan berakhir tanpa jaringan.

Advertisement
Tempat ketiga bersama Permata Hijau Brunei dan Inter Reds FC, manakala gelaran Plate dimenangi Mimpaagat Classico diikuti oleh Sarayo Legend bersama Brunei Wanderers dan Borneo 13B Legends di tempat ketiga bersama.

Kelab X Selangor Penjaring terbanyak divisyen itu dimenangi Ramles Sari dari King Utd Sarawak dengan 13 gol, dan anugerah Fair play diberikan kepada Klang Star Selangor.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada perlawanan akhir divisyen Masters 45s, Thulanut Thunders menjadi pemenang ke atas Noibu FC, manakala tempat ketiga bersama Tiger FC dan Mimpaagat Nabahu.

Dalam bahagian Plate, kejuaraan menjadi milik Klang Star Selangor dan di tempat kedua ialah Inter Reds FC manakala Azam FT Brunei dan Pogun Savat menduduki tempat ketiga bersama. 

Advertisement
Maidinsa Gani dari Klang Star Selangor merupakan penjaring terbanyak di bahagian itu dengan sembilan gol, dan anugerah Fair play turut disandang Klang Star Selangor.

Sebanyak 21 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan anjuran Kelab Rekreasi Mimpaagat Tokou Sabah itu yang diadakan bagi mempromosikan pelancongan sukan dan aktiviti sihat serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan pemain veteran dari jauh seperti Brunei, Singapura, Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Advertisement
Pengarah kejohanan Eddy Limbang berkata semua pasukan yang mengambil bahagian disajikan dengan suasana karnival termasuk jamuan makan malam mesra yang menampilkan persembahan kebudayaan dan pancaragam secara langsung di Dataran Buhavan.

Sementara itu, hadiah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Aloysius Wong dan Penasihat Kelab Datuk Robert Stidi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here