Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bomba Sabah sedia hadapi penghujung musim Monsun Timur Laut
Published on: Wednesday, May 07, 2025
Published on: Wed, May 07, 2025
Text Size:
Text:
Bomba Sabah sedia hadapi penghujung musim Monsun Timur Laut
MOHD Pisar (ketiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Musa sejurus pertemuan di Istana Seri Kinabalu.
Kota Kinabalu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah meningkatkan sumber manusia dalam menghadapi penghujung musim Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini.

Pengarah JBPM Sabah baharu, Mohd Pisar Aziz berkata pelbagai langkah diatur gerak, termasuk meningkatkan penglibatan aktif pasukan bomba bantuan yang kini berjumlah 350 anggota. 

Advertisement
“Seramai 101 anggota bomba bantuan yang baharu saja menamatkan latihan, dan kita yakin penambahan ini akan dapat meringankan beban anggota tetap serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan kebombaan, khususnya di kawasan pinggiran dan luar bandar,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa. 

Menurut beliau, kunjungan tersebut bertujuan untuk menjelaskan status operasi dalam menghadapi banjir di samping memaklumkan pelantikan beliau sebagai sebagai Pengarah JBPM baharu, berkuat kuasa mulai 7 April lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain memaklumkan pelantikan saya sebagai pengarah yang baharu, saya turut berkongsi status operasi jabatan, termasuk persiapan menghadapi penghujung musim Monsun Timur Laut serta insiden banjir yang kini berlaku di beberapa daerah seperti Beaufort dan Sook,” ujarnya.

Sebelum bertugas di Sabah, Mohd Pisar merupakan Pengarah JBPM Negeri Melaka dan memiliki pengalaman luas dalam bidang penyiasatan serta keselamatan kebakaran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here