Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Belia digesa semak status daftar pemilih, sedia PRN17
Published on: Wednesday, May 07, 2025
Published on: Wed, May 07, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Belia digesa semak status daftar pemilih, sedia PRN17
YUBIDI (tengah) mewakili Dr Joachim menyampaikan sumbangan bakul makanan dalam program itu.
RANAU: Golongan belia berusia 18 tahun ke atas digesa menyemak status daftar pemilih masing-masing sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijangka berlangsung tahun ini.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Yubidi Gompoyo berkata, tindakan itu penting bagi memastikan sokongan padu dapat memberi kemenangan lebih besar kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam PRN akan datang.

Advertisement
“Kemenangan GRS akan memastikan kesinambungan pembangunan di seluruh Sabah, termasuk kawasan Kundasang,” katanya, menegaskan kepentingan kestabilan politik demi kelangsungan pembangunan.

Yubidi berkata demikian ketika mewakili Dr Joachim merasmikan Program Komuniti Sihat dan Selamat yang diadakan di Kampung Pinawantai, di sini, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Program berkenaan menghimpunkan penduduk kampung serta komuniti sekitar dalam usaha memperkukuh kesedaran mengenai aspek kesihatan dan keselamatan.

Ia dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Kampung Pinawantai dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pinawantai.

Advertisement
Menurut Yubidi, program seumpama itu sangat signifikan kerana bukan sahaja meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang isu-isu kesihatan dan keselamatan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk.

“Kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Ranau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ranau amat dihargai. Ceramah dan tunjuk ajar mereka memberikan manfaat besar kepada penduduk,” katanya.

Advertisement
Antara pengisian utama program termasuk saringan kesihatan percuma dan ceramah berkaitan pencegahan penyakit, keselamatan kebakaran serta langkah menjaga keselamatan diri dan komuniti.

Yubidi turut menyarankan program seumpama ini diteruskan secara berkala dengan menambah aktiviti seperti bengkel kesedaran kesihatan mental dan inisiatif menangani isu sosial.

Beliau menyeru komuniti Kampung Pinawantai dan kawasan sekitarnya memanfaatkan peluang yang diberikan, serta menjadikan kampung mereka sebagai model komuniti sihat dan selamat.

Pihak penganjur dalam masa sama merakamkan penghargaan atas sumbangan bakul makanan daripada Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang yang diagihkan kepada penduduk memerlukan.

Mereka turut memohon sokongan dana bagi meneruskan penganjuran program-program komuniti pada masa depan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here