Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki cedera di tangan motor terbabas sendiri
Published on: Wednesday, May 07, 2025
Published on: Wed, May 07, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Lelaki cedera di tangan motor terbabas sendiri
MOTOSIKAL mangsa terbabas sendiri ke kawasan semak.
SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 19 tahun cedera ringan di bahagian tangan selepas motosikalnya terlibat kemalangan di Jalan Sungai Kayu, Batu 7, di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata kemalangan itu berlaku selepas motosikal ditunggang mangsa terbabas sendiri ke kawasan semak.

Advertisement
Tambahnya, mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Bomba di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 petang dan tiba di lokasi sejauh 11km dari balai pada jam 3.40 petang bersama enam anggota. Operasi ditamatkan pada jam 4.07 petang selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here